Pages

Ads

Thursday, January 13, 2011

khurafat? macam best jerk! kan.

wahhh. sedap kalau ujan ujan nih dapat tido kan? tak pown dapat makan cekodok pisang. alahai. mulalah terliur. haish. apelah. tyme tyme keja boleh hengat tido dengan makan pulak. semalam takpelah. bos takde. arini bos ade. kenalah buat buat rajin. kot kot dapat bonus untuk chinese new year kan! walawey. rezekiiii. ahakz.

ok. stop. abaikan pasal makan & tido tadi. berbalik kepada stori yang nak dibincangkan. arini adalah 13 januari 2011 kan. bermakna arini filem khurafat ditayangkan kan. ok. aku tahu abang&kakak ipar aku (bean&kak aien) dah tengok masa preiview arituh. so, si bean nih lah yang beria-ria suruh aku dah kazen kami pegi menonton! *blagak pulak die dah tengok! huhh!

mengikut perancangan, kami (aku, kakak aku, cousins) akan menonton pada ari sabtu ini. yela. masing masing still ade claz jumaat nih. ade yang claz sampai sepoloh malam. *ape kes lecturer korg terlebey rajin lak? haish. tapi teruja pulak nak tengok cite perjanjian syaitan nih! kalau tak best memang si bean nih kena la kan? huhu.

teraju utama: liyana jasmay dan syamsul yusof

Synopsis:
"Khurafat" begins with Johan (Syamsul Yusof), a young man working as an assistant in a government hospital. He is a married man who has a wife named Aishah (Liyana Jasmay). The newlyweds are leading a peaceful life when suddenly they find themselves besieged by a weird creature. The presence of a mysterious old woman, together with the sudden emergence of Johan's ex-girlfriend Anna (Sabrina Ali) add to the mystery. Anna is always disturbing Johan even though she knows Johan is now with Aishah.

source: gsc cinema

eeh. baru aku teringat. gsc bagi aku tiket free la. sempena birthday month. wahhh. murah rezeki. boleh jimat rm10++ untuk tiket.chop. pesanan untuk my cousins: "wey korg, aku tolong buking kan tiket untuk korg jerk tau! tapi tiket aku freeeee. kite tengok dekat gsc jerk tau! tak mau tgv tau!" *winkwink*

nih bukti aku boleh claim free tiket sebab besday aku bulan januari. yahooo. tapi bukan semua orang boleh claim tau! gsc cakap: "These birthday treats are available exclusively for GSC website members only". =)


aku yang membebel:

♥ainihussin♥


Wednesday, January 12, 2011

see you in court! =)

eeh. dah petang! macam tak caya lak. tu la. kalau banyak keja mesti tak perasan masa berjalan. kan? *chop. abes aku tengah update blog nih dah takde keja ke aini oi? haish. hari ni mood macam best jerk. dengan bos takde dekat ofis. dengan dapat makan nasi ayam tadi. ;D

tapinya.

nih yang nak stori nih. semangat tadi beli nasi ayam dengan milo ais. wahhh. teruja! even kombinasi yang kurang menarik tapi i like!

ok. nasi ayam tak abes walaupun sedap. tak tahu kenapa. selera sekarang makin menipis. konon nak besarkan badan. tapi sumber makanan yang masuk dalam perut pown ciput, cane nak membesar kan? agak agak ade tak sesape yang baek ati nak transfer lelemak mereka dalam badan aku nih? *kak iza. ko baca blog aku tak? haha~

tapi tapi tapi. nak mara dengan milo ais! dah separuh aku minum tibe tibe aku nampak semut dalam tuh! nak mara nih! hey makcik! nak kena saman malu ke? apesal dalam milo ais saya ada semut? hah? makcik nak buat saya nyanyuk macam kawan saya si shahruddin tuh kew? agak agakla makcik. saya tahu la ujung bulan nih saya meningkat umur. tapi baru 24 tahun. bukan 42 tahun! diulangi. 24 tahun! *macam pelik lak aku dah 24tahun. haish.

agak agak kalau saya saman malu makcik, makcik mampu bayar tak? hah? tapi la kan. mujur saya nih seorang yang baik hati. lemah lembut. berbudi bahasa. saya tak jadi saman malu makcik. cuma ganti balik daya ingatan saya yang mungkin akan terjejas disebabkan semut dalam milo ais saya tadi! boleh? kalau tak boleh, see you in court! =)


aku yang membebel:

♥ainihussin♥

Tuesday, January 11, 2011

teringin sangat! oh macaron! =)

apa itu macaron? entahlah. aku pown tak reti nak explain. tapi dari mata pemerhatian, macaron nih macam small cookies. yeke? agaknye lah.

melalui research yang saya lakukan, macaron nih agak crispy diluar dan ditengah tengahnya agak liat. macam marshmallow kot. mungkin. tapi kena ingat tau. macaron dengan macaroon adalah berbeza. kalau korang tak caya korang boleh klik [macaron] or [macaroon] nih untuk melihat perbezaannya.

bile dah buat research nih hati meloncat loncat nak rasa macaron nih. dekat mana nak beli erk? adoyyyaaiii.

sumber:google

ahhaaa. tibe tibe teringat kak lynn yang aku tempah cupcakes untuk Mr.M.I.A.R arituh. terus tangan nih laju jerk mencapai handphone nak anta mesej dekat die. tapi malangnya kak lynn cakap die baru cuba buat tapi tak amek tempahan lagi. ayomma ayoppa. mana aku nak carik erk? hampa! ohhh kak lynn. silelah amek tempahan sekarang. ainihussin teringin sangat dah nih! plisssss. hehe~


aku yang membebel:

♥ainihussin♥

Monday, January 10, 2011

lagi mengenai AJL25.

AJL25. hambar? kurang berpuas hati? agakla. result? lagik aku tak puas hati. tapi sapa aku nak pertikai kan? tapi aku tahu bukan aku jerk yang tak puas hati. ramai lagik. tapi takpe. benda dah lepas. kalau aku pertikai seolah olah aku pertikai rezeki yang ALLAH bagi dekat pemenang. kan.

berbalik kepada AJL25 yang berlaku semalam. macam macam hal yang berlaku. melalui pemerhatian aku di kaca tv la.

*aku admire dekat baju tomok. sumpah aku suke. ade jual dekat mana erk? i like blue~

*adira yang sangat comel. tapi persembahan dia biase sangat. aku rasa sebelum sebelum nih pown dah ada penyanyi yang buat konsep macam tuh kan? ke aku salah? aku rasa jerk. lalala~

*"ketepekkk". hambek. penampar melayang ke muka shahir. mungkin disengajakan atau tak disengajakan nasha aziz melayangkan penampar ke muka shahir. (disengajakan tuh maksudnya memang dorg dah plan). ke sebab nasha nak warning, "bangun woi. suara tak mantap. lirik tadi lupa."

*ziana zain memang superb! terbaek! =)

*awal awal rancangan ally, cheryl, faizal macam kurang sikit. tapi sadap not sadap tuh memang aku suke!

*masa tengok debaran AJL25 Yuna ade cakap die nak guna pokok besar yang pinjam dari Istana Budaya. tapi aku rasa macam tak berfungsi jerk. kan best kalau die letak buai dekat pokok tuh. nyanyi sambil berbuai. walaupun klise.

*kan lagu pelita tuh loque ade goreng gitar sambil duduk. tapi masa nak berdiri aku rasa loque susah pulak nak berdiri. jadi kelakar pulak. haha.

*tapi maaf yerk. aku memang tak tengok masa ana rafali dengan black&meet uncle hussain nyanyi. sebab aku tak penah suke lagu tolong ingatkan aku dengan drama king. maaf.

*comel dato siti menari dengan penari latar.

*faizal tahir memang kretif. selamat malam: sangat touching! hanyut: terbaek scene masuk air! mana datang idea tuh? memang terbaek! =) you deserve it.

itulah antara pemerhatian aku. tapi kalau aku salah, aku mintak maaf! aku bukan pengulas bahagian hiburan cuma berkongsi pendapat. *peace no war!*

congrats to all the winners! =)


aku yang membebel:

♥ainihussin♥

Sunday, January 9, 2011

teruja dengan AJL25! =)

pagi pagi rasa teruja. 1st thing sebab tibe tibe usya blog cousin aku die wat review pasal blog aku. walawey! terbaliklah syafiq. *still tak nak guna terbaek untuk syafiq. hehe.

2nd thing sebab sangat excited nak tengok Anugerah Juara Lagu 25. sumpah tak saba. dush dush. sewel pulak harini. kihkihkih. ermmmm. misha omar ade tak? haha. haish. asyik pasal misha jerk. mau orang muak dengan aku. kan. tapi nak cakap jugak. hopefully lagu misha omar nanti boleh masuk Anugerah Juara Lagu 26. terbaek! =)

N3 kali nih aku nak buat ramalan sapelah yang akan menang malam nih. ramalan jerk ok! konon konon nak feel jadi tukang ramal. haha. macam tak layak jerk tapi nak jugak! kan. lalala~

Juara AJL25: Ku Ada Kamu - Adira

Naib Juara AJL25: Hanyut - Faizal Tahir

Tempat Ketiga: Kebahagian Dalam Perpisahan - Shahir

Vokal Terbaik: Black - Sofea Jane

Persembahan terbaik: Cinta Sempurna - Yuna

apa apa pown kita tunggu jela malam nih ok! kot kot ramalan aku benar belaka. cewah cewah. yang penting, all the best to all of you! =)

Lagu yang dipertandingkan pada malam ini:
*Ku Ada Kamu - Adira
*Hanyut - Faizal Tahir
*Selamat Malam - Faizal Tahir
*Kebahagian Dalam Perpisahan - Shahir
*Sofea Jane - Black
*Cinta Sempurna - Yuna
*Berlari - Tomok
*Tolong ingatkan aku - Anna Raffali
*Jahat - Stacy
*Nokhtah Cinta - Hafiz
*Pelita - A.P.I
*Mencari Konklusi - Hujan
*Extravaganza - Bunkface


aku yang membebel:

♥ainihussin♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...