Pages

Ads

Saturday, May 16, 2015

Dilema seorang ibu! ��

Semalam dapat notification kat fb yang en.asben tagged sumthing. Gambar seperti di bawah:





Kadang kadang takut bila fikir anak makin membesar ni. Kepala dok fikir boleh ke aku didik anak anak jadi orang yang berguna? Zaman sekarang bukan lagi macam zaman dulu. Silap langkah kita yang merana.




Bila aku baca komen komen kat situ mostly parent menghadapi masalah yang sama jugak.




Macam aku. Kadang kadang geram dengan afkar. Sekarang dah pandai sepak sepak orang. Jentik kaki memang dah banyak kali dah tapi macam tu jugak. Mana ntah dia belajar. Kalau ikotkan dia taklah layan katun katun yang ganas pun. Upin ipin, mickey mouse, rabbid, pocoyo, timmy time. Katun yang biasa biasa tanpa keganasan. Kalau ikotkan dia pun bukan jenis terpengaruh dengan katun. Tapiii......




Lepas tu kadang kadang suka cakap "aku nyeee". Wahhh. Memang kena jentik lah mulut tu kan. Bila dia tersebut je "aku nyeee", dia nampak aku jegil mata terus tukar "attar nyeee". Cepat sangat terpengaruh bila dengar ada yang cakap. Geramnyaaa!




Macam manalah kat sekolah nanti. Siapa yang nak control kalau kat sekolah. Takkan nak suruh cikgu jentik mulut budak budak kan? Takkan aku nak duduk sekolah tu. Baik aku je yang ajar. Haish. Dilema betul lah!




Malam malam aku buat jugak baca surah alfatihah + al ikhlas + al kausar then tiup kat ubun ubun afkar. Bisik kat telinga bagi nasihat bila dia mamai mamai nak tido. Tapi macam tak jalan je. Mungkin aku tak bersungguh sangat kot tu yang Allah belum dengar doa aku lagi. YA allah. ��




Hmmm. Tu baru yang abang. Yang adik tak tahu lagi macam mana perangai dia. Ya Allah, kau bantulah hambaMu dalam mendidik anak anakku ini.

Wednesday, April 29, 2015

Izzah Alani Binti Mohammad Ihsaini menjadi pilihan!

Setelah sekian lama serabut kepala dok fikir apelah nama my lil princess ni, akhirnyaaaaa....


Izzah Alani Binti Mohammad Ihsaini.

Izzah - kemuliaan
Alani - ketinggian


Fuhhh. Lega dik non.


Kenapalah kali ni susah sangat aku nak fikir nama untuk anak. Banyak jugak nama yang aku ada. Tapi mendapat bantahan dari en.asben. Panjang sangatlah. Susah nak sebutlah. Moden sangatlah. Haish. Kalau ikot En.asben dia nak letak "nur". Tapi aku yang tak setuju. Huhu. Bukan ape. Kalau boleh aku nak lah nama anak anak sama je. Macam nama adik beradik aku. Semua AHH. Disebabkan afkar dah IA so continue jela kan.



Irdina Aleesyazlina @

Irdina Aweesyazwina


En. Asben cakap panjang sangat. Tergeliat lidah katanya. Huhh. Coincidence member en.asben pun letak nama irdeena. Ape barang nama sama kan? Ok tukar!



Imarah Alani - kemakmuran ketinggian


Tapi kalau nama ni konpem konpem kat sekolah cikgu akan panggil 1st name. Macam pelik pulak panggil imarah. So change!



Idora Alani


Punyalah mencari ape makna idora. Tapi tak jumpa. Bila aku tanya ustazah aku, dia pun tak boleh nak konpemkan maksud idora. So canceled!



Finally, Izzah Alani jadi pilihan en.asben. Itu pun aku bagi list nama untuk dipilih. Huhu.



Alhamdulillah dah seminggu alani keluar dari perut mama. Sekejap je kan. Padahal terasa macam baru je rasa sakit sakit nak meneran. Hehe. Lepas ni tup tup dah setahun. Hailah anak. Janganlah cepat sangat membesar. Nanti mama rindu bau baby. Hmmm. Wanginya.



Friday, April 24, 2015

Bersalin kali kedua. Alhamdulillah. Semuanya selamat.

Day3. Alhamdulillah. Semuanya dah selamat. Hari ke3 berpantang. Horeyyy. "SERONOK SANGAT!!!". Haha. Memang suka lah kan tengah berpantang. Ahaks. 42days to go. Hoiii. Lamanyaaa. :'(




Ingat ingat balik memang rasa bersyukur sangat sebab dari saat mengandung + beranak kali ni sangat lah dimudahkan olehNya. Walaupun kali ni un'sangka'rable punya moment. Kononnya. Hehe.



Memang pregnancy kali ni tak dirancang. Allah dah kata rezeki so siapa kita nak tolak takdir kan? Ewahhh. Sebenarnya aku plan kononnya nak la ada anak hujung hujung tahun. Aku aim october atau december. Tup tup may pulak. Early may pulak tu. Dalam hati berdoa jugak janganlah deliver masa april. Nanti sama pulak dengan afkar. Macam tak syok kan? Hehe.




Pesan kat semua orang doakan beranak 1may. Cuti. Senang orang nak melawat. Phuihhh. Haha. Tapi kuasa Allah siapa boleh lawan? April jugak. Huhu.



Alkisahnyaaa :


22april2015

12.15am
Aku dah stat sakit sakit. Setiap 20minit rasa sakit. En.asben tanya nak pegi hospital ke? Masa tu rasa boleh bertahan lagi. Lagipun fikir barang mak baby tak siap packing. Barang baby pun not 100% complete. Dalam hati still berdoa biarlah deliver 1may. Hehe.

Walaupun sakit sakit tapi boleh jugaklah tido. Orang kaki tido memang macam tu kot. Haha.



6.30am
Alarm subuh berkumandang. Hoiii. Makin sakit ni. Tengok jam setiap 5minit dah terasa. Cepat cepat solat then cakap ngan en.asben nak pegi hospital jugak.


7.40am
Sampai hospital nurse suruh naik lr terus. Dorg terus pasang ctg. Bidan cakap memang ada contraction tapi tak tetap. Sekejap 5minit sekejap 10minit. Check bukaan baru 1.5cm. Doc bagi option nak balik or stay. Dorang estimate aku bersalin petang. Dah kata petang memang aku nak balik lah. Dengan fikir afkar kat umah lagi. So jom kita balik!


9.05am
Balik umah dari hospital. Sampai depan umah bertafakur dalam kete dulu coz tak larat nak turun. Hehe.

Kebetulan en.asben ada kursus sebulan kat niosh. So tak boleh nak ponteng. Aku pun suruhlah dia pegi kursus dulu. Balik nanti baru pegi hospital balik. *menyesal!*



10.15am
Baru 20minit sampai umah dah rasa sakit sangat sangat. Eh, takkan nak bersalin dah. Tadi bidan cakap mungkin petang baru bersalin. Tapi sebab dah sakit sangat sangat cepat cepat suh mama anta pegi hospital balik. Kelam kabut mama drive. Siap cakap "aini dah nak bersalin ke? Jangan main main". Eh eh. Aku pulak yang main main. Kalau dah nak bersalin takkan nak tahan tahan. Huhu.



11.10am
Alhamdulillah. Selamat dah teran. Tak sempat nak tunggu en.asben sampai baby dah keluar. En.asben sempat tengok uri keluar + sesi jahit menjahit je. "Sorry sayang!". Tapi bila ingat balik moment dalam lr rasa nak gelak je.

Masuk je lr dorang suh baring atas katil.

Aku : nurse saya rasa macam nak berak sangat ni. Boleh ke?

nurse : kejap ea saya check dulu.

*sesi seluk menyeluk berlaku*

Nurse : hmmm padan laaa. Dah 9cm. Takpe kalau nak teran, teran je.

Aku : nurse, asben saya dah sampai? Saya tunggu dia dululah baru teran.

*dah sakit sakit pun ada ati nak jadi heroin. Phuihhh*

Nurse : eh kepala dah nampak. Kalau sakit teran je.

*sakitttt. Pushhhhhhh!!!!*

*Alhamdulillah. Selamat. yeahhh. Dapat baby girl. Dah sepasang so boleh berehat lama. Yeke? Ahaks*

Tiba tiba dengar suara lelaki. en.asben, "saya suami aini". Alaaa. Lambat sikit je. Sedihhh. :'(

Takpelah. Takde rezeki en.asben nak teman. Allah dah atur macam tu kena redha lah kan?

Cakap kat mama, "kalau lambat sikit je tadi mau bersalin dalam kete. Tukar profession la mama lepas ni. Dari guru besar jadi bidan pulak!"

Mama : mau mama pengsan dulu.

Hamboiii. Haha.



Sekarang dok pening kepala pulak nak letak nama ape. Dulu nak sangat baby girl. Dah dapat pening nak letak nama. Padahal nama afkar sebelum kawen lagi dah ada. Haish. Ideaaa. Please come to mama. Hehe.

Monday, March 16, 2015

Anak + GADGET = berpisah tiada

Dulu masa tengok anak sepupu terlalu taksub dengan gadget dalam hati terdetik "anak aku nanti aku taknak dedahkan sangat dengan gadget ni!".  Itu duluuuu. Tapi sekarang musnah harapan tersebut. Dan kalau ada parents yang berjaya buat anak mereka tak sentuh langsung gadget memang aku salute gile lah!






Dan aku rasa menyesal kenalkan gadget dengan afkar. Serius! Aku tak sangka pulak dia sangat cepat pick up ape yang aku buat depan dia.







Aku sebenarnya kenalkan afkar dengan gadget sebab dulu aku selalu bukak kan youtube untuk dia. Nak ajar ABC + alif ba ta + 123 melalui nyanyian. Yela kita pun tahu melalui nyanyian lagi senang nak menghafal. Alhamdulillah memang berjaya. Afkar belum pun 2tahun tapi dah hafal benda benda tu semua. Doa makan + doa tido pun afkar dah hafal. Alhamdulillah. Sekarang tengah ajar nak hafal al-fatihah.







Kalau fon ayah dia, dia tahu bukak game. "Modern sniper" game. Aku pun terpengaruh jugak. Siap install dalam fon sendiri. Hehe.






Kalau fon nenek dia, dia tahu bukak upin ipin kat youtube. Slide je lepas tu tekan menu then cari youtube icon. Terpampang la vid upin ipin tinggal pilih je.







Kalau tab pulak acu dia ada install COC. Afkar pun terpengaruh. Tapi dia pandai collect duit je. Pastu main tekan jela. Buat building kat tepi tepi. Tak dapat lawan dia melalak lalak. Aku tensen terus uninstall game tuh. Haha.






Tapi kalau fon mama dia, dia akan cari untuk belajar je. Sebab aku memang dah letak apps untuk dia belajar dalam satu folder. Hai lahhh anak.

Wednesday, March 11, 2015

Family business : CANDY BUFFET

Seronok sebenarnya jadi fulltime housewife. Tapi sebab aku dah biasa bekerja so ada rasa buhsan sket. Tu yang lepas veranak plan memang nak cari kerja balik.




Tapi sebenarnya bukan aku duduk rumah je sementara waktu ni. Aku ada buat bisnes kecil kecilan dengan kakak + adik ipar aku. Kebetulan adik ipar pun minat buat benda yang aku plan dengan kakak aku. So kira family business jugak la ni.






Mula mula dulu aku nak jual baju + dress. Tapi halfway je. Aku malas. Malas nak iron. Malas nak lipat masuk plastik. Malas nak gantung gantung. Aku rasa bidang pakaian bukan minat aku.






Tiba tiba dapat idea nak buat candy buffet. Masa aku usul kat mama, mama bagi support. So aku cerita kat kakak aku. Then dia pun nak juin. Ok fineee. Makanya wujudlah Adreana Cookies - Candy Buffet. Dengan percubaan pertama, alhamdulillah berjaya. Dengan marketing yang kakak aku buat dapatlah beberapa job lain. Dan alhamdulillah ada sampai sekarang. Seronok!






So kepada sesiapa yang berminat jomlah whatsapp untuk keterangan lanjut seperti tertera kat gambar bawah. InsyaAllah tak menyesal. Hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...