Pages

Ads

Friday, April 8, 2011

pengajaran..!! :'(

hye. tajuk takde kena mengena pun! saja nak buat gempak. boleh? lalala. semalam korang tengok tak cite Hum Saath Saath Hain kat channel Zee (108). haish aini nih! asyik hindustan jerk. opssss. bukan semua cite hindustan aku layan ok. aku layan yang best best jerk. nak nak cite hum saath saath hain nih. aku sangat sangat suke tengok. ia berkisar tentang kekeluargaan. biarlah berpuluh puluh kali aku layan tapi aku tak pernah rasa jemu. yang lagi parah even berpuluh puluh kali tengok, air mata nih tetap nak mengalir.


sinopsis:

ram kishen dan mamtha (isteri kedua) mempunya 3 orang anak (prem, sangeetha ,vinod). ram kishen juga mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya yang pertama iaitu vivek. walaupun mereka berlainan ibu tetapi perhubungan mereka tersangatlah rapat. malangnya, berlaku sedikit kekecohan apabila abang ipar sangeetha (abang kepada suaminya) mengeluarkan nama anand (suami sangeetha) daripada saham syarikat. bermula dari situ, terlalu banyak pihak yang cuba menghasut mamtha untuk mengagih agihkan harta mereka dan memberi hartanya lebih kepada prem. ini kerana pihak tersebut mengandaikan "alang adik beradik kandung boleh melakukan sebegitu, apetah lagi adik beradik tiri". akhirnya mamtha termakan hasutan tersebut. tetapi setelah prem pulang dari UK, dia tidak setuju dengan mamtha. dia merasakan vivek yang selayaknya duduk di kerusi managing director. setelah berlaku banyak kejadian, akhirnya mamtha tersedar.


komen untuk cite ni:

1. walaupun vivek adalah anak berlainan ibu tapi die terlalu sayangkan adik-adiknya yang lain. dia sanggup mengalah dalam apa keadaan sekalipun. *gud gud!*

2. walaupun prem berhak ke atas segala harta ibu bapanya, tapi dia tetap memberi penghormatan kepada vivek untuk memegang jawatan managing director.

3. terlalu kuat hasutan yang dibuat oleh rakan rakan mamtha sehingga dia termakan hasutan tersebut dan menyebabkan prem sanggup mengetepikan ibunya untuk mempertahankan hak abang tirinya.

4. hubungan kekeluargaan mereka tersangatlah rapat.


XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOX


*aku suke part nih*

p/s: kalau tak tengok lagi cite nih, silelah tengok kerana terlalu banyak pengajaran yang kite boleh dapat~ =)


aku yang membebel:

♥ainihussin♥

2 pendapat mereka! =):

Udin said...

wah! layan bollywood lak.. boleh geng aiza la ni.. hehe.. ;)

btw tahniah! anda telah ditag lagi.. ;)

http://budaklogam.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-frommetoyou.html

ainihussin said...

udin:

haha. tp xla sefanatik aiza. minat gitu2 jerk. hihi~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...