Pages

Ads

Showing posts with label IHTISYAM AFKAR. Show all posts
Showing posts with label IHTISYAM AFKAR. Show all posts

Saturday, May 16, 2015

Dilema seorang ibu! 😢

Semalam dapat notification kat fb yang en.asben tagged sumthing. Gambar seperti di bawah:





Kadang kadang takut bila fikir anak makin membesar ni. Kepala dok fikir boleh ke aku didik anak anak jadi orang yang berguna? Zaman sekarang bukan lagi macam zaman dulu. Silap langkah kita yang merana.




Bila aku baca komen komen kat situ mostly parent menghadapi masalah yang sama jugak.




Macam aku. Kadang kadang geram dengan afkar. Sekarang dah pandai sepak sepak orang. Jentik kaki memang dah banyak kali dah tapi macam tu jugak. Mana ntah dia belajar. Kalau ikotkan dia taklah layan katun katun yang ganas pun. Upin ipin, mickey mouse, rabbid, pocoyo, timmy time. Katun yang biasa biasa tanpa keganasan. Kalau ikotkan dia pun bukan jenis terpengaruh dengan katun. Tapiii......




Lepas tu kadang kadang suka cakap "aku nyeee". Wahhh. Memang kena jentik lah mulut tu kan. Bila dia tersebut je "aku nyeee", dia nampak aku jegil mata terus tukar "attar nyeee". Cepat sangat terpengaruh bila dengar ada yang cakap. Geramnyaaa!




Macam manalah kat sekolah nanti. Siapa yang nak control kalau kat sekolah. Takkan nak suruh cikgu jentik mulut budak budak kan? Takkan aku nak duduk sekolah tu. Baik aku je yang ajar. Haish. Dilema betul lah!




Malam malam aku buat jugak baca surah alfatihah + al ikhlas + al kausar then tiup kat ubun ubun afkar. Bisik kat telinga bagi nasihat bila dia mamai mamai nak tido. Tapi macam tak jalan je. Mungkin aku tak bersungguh sangat kot tu yang Allah belum dengar doa aku lagi. YA allah. 😢




Hmmm. Tu baru yang abang. Yang adik tak tahu lagi macam mana perangai dia. Ya Allah, kau bantulah hambaMu dalam mendidik anak anakku ini.

Monday, March 16, 2015

Anak + GADGET = berpisah tiada

Dulu masa tengok anak sepupu terlalu taksub dengan gadget dalam hati terdetik "anak aku nanti aku taknak dedahkan sangat dengan gadget ni!".  Itu duluuuu. Tapi sekarang musnah harapan tersebut. Dan kalau ada parents yang berjaya buat anak mereka tak sentuh langsung gadget memang aku salute gile lah!






Dan aku rasa menyesal kenalkan gadget dengan afkar. Serius! Aku tak sangka pulak dia sangat cepat pick up ape yang aku buat depan dia.







Aku sebenarnya kenalkan afkar dengan gadget sebab dulu aku selalu bukak kan youtube untuk dia. Nak ajar ABC + alif ba ta + 123 melalui nyanyian. Yela kita pun tahu melalui nyanyian lagi senang nak menghafal. Alhamdulillah memang berjaya. Afkar belum pun 2tahun tapi dah hafal benda benda tu semua. Doa makan + doa tido pun afkar dah hafal. Alhamdulillah. Sekarang tengah ajar nak hafal al-fatihah.







Kalau fon ayah dia, dia tahu bukak game. "Modern sniper" game. Aku pun terpengaruh jugak. Siap install dalam fon sendiri. Hehe.






Kalau fon nenek dia, dia tahu bukak upin ipin kat youtube. Slide je lepas tu tekan menu then cari youtube icon. Terpampang la vid upin ipin tinggal pilih je.







Kalau tab pulak acu dia ada install COC. Afkar pun terpengaruh. Tapi dia pandai collect duit je. Pastu main tekan jela. Buat building kat tepi tepi. Tak dapat lawan dia melalak lalak. Aku tensen terus uninstall game tuh. Haha.






Tapi kalau fon mama dia, dia akan cari untuk belajar je. Sebab aku memang dah letak apps untuk dia belajar dalam satu folder. Hai lahhh anak.

Monday, December 29, 2014

setahun sudah.

Pehhh. Dah setahun lebih aku tak buat entry kat blog kesayangan. Nak kata busy tak pun. Tapi malas gilerrr. Padahal hari hari jenguk blog ni. Haish. Pemalas sungguh ainihussin sekarang ni. Jangan baby ikot jejak sudah. Eh? Hihi.





Oh yaaa. Officially announced that I'm pregnant for 2nd baby. Alhamdulillah. Dah nak masuk 5months pun. So far mual dah mula kurang. Baguslah. Kalau tak asyik kena marah dengan doc jerk sebab berat and blood pressure tak cantik. Some more doc cakap jarak dekat sangat. Eh kira ok lah tu. Afkar 2tahun baru adik dia lahir. Tak lah dekat sangat kan? Huhu.








For the time being ni aku jadi fulltime housewife. Awal awal seronok lah. Lama lama buhsan pulak. Lepas deliver nanti kena cari kerja jugak. Dah biasa kerja jadi mati kutu duduk rumah. So sape sape yang ada lubang sila inform ok. Hehe.






Tapi the best part is aku dapat tengok perkembangan afkar depan mata. Bila dah mama dia depan mata memang mengada lebih lah. Semuanya "mamaaaa". Ayah hanya untuk naik moto. Hihi. So after this no more manja manja ok afkar. Nak jadi abang dah. Tak yah ngade ngade sangat.

Thursday, December 12, 2013

Hampir 8 bulan sudah.

Terpandang kat kalendar, esok bersamaan 13 december 2013 genap umur afkar 8bulan. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah kau pinjamkan Ihtisyam Afkar kepada kami.

Sebagai ibu of coz kita akan selalu mengikuti perkembangan si comel kita kan? Kalau ada jerk perkembangan baru mulalah nak update kat facebook la instagram la blog la.

Selalunya aku nih jenis yang kalau afkar nak masuk bulan yang baru aku akan google apa perkembangan yang sepatutnya afkar capai. Yela nak tahu jugak normal ke tak kan. Rata rata yang aku baca perkembangan untuk bayi 8bulan nih afkar dah capai masa umur 6-7bulan. Cuma satu jerk yang sepatutmya dah berlaku tapi afkar belum lagi.


GIGI. Tapi gusi afkar dah keras. Ok takpe. Aku tak pernah risau. Bukanlah tak pernah risau tapi takdelah rasa tu adalah big issue coz aku tahu perkembangan setiap bayi tak sama. Walaupun afkar takde gigi tapi afkar lagi prefer makanan yang keras (bukanlah keras sangat pun). Contohnya afkar tak suka kalau kita bagi roti @ biskut yang dah cecah dengan air. Dia akan sedaya upaya untuk makan biskut yang keras tuh dengan gusi dia.


Antara perkembangan yang afkar dah capai :

● merangkak ~ afkar dah merangkak laju. The best part is kalau dia tengah merangkak then ayah afkar merangkak belakang dia sambil agah like "kejar afkar kejarrrr!" *sambil tepuk tepuk lantai* mulalah drama melayu berlaku. Afkar akan merangkak laju then toleh belakang pahtu sambung merangkak balik dan ulang benda yang sama. Mengada sangat. Hihi.

● duduk dengan stabil ~ now kalau nak makan kat kedai dah tak yah risau lagi. Masukkan je dalam baby chair. Senang. Tapi makan tak aman juga coz afkar akan capai semua yang ada atas meja.

● kenal orang yang selalu jumpa ~ yang nih especially mama dia lah kan. Ada 1day aritu masa balik keja nak amek afkar kat umah parent in law. Masa aku intai dia tengah kusyuk tengok tv. Aku bukak pintu and pandang jela. Dia toleh then senyum terus merangkak ke aku suh dukung. So suwittt. Sumpah tersentuh naluri keibuan.


Sunday, December 8, 2013

Demam. Oh anakku!

Risaunyer kalau anak sakit. Ye itulah yang mak akan rasa setiap kali anak sakit. Tapi mak, biarlah sakit teruk pun tetap cakap "mama takde pape!".


Teringat dulu masa bujang bujang. Bila tak sihat cari mama. Pagi pagi buta pun. Mak mana yang sanggup tengok anak sakit? Bangunlah cari ubat. Oh mama. Lebiu. ♥


Baru baru nih afkar demam. Cuak jugak. Yela. Sejak afkar lahir nilah kali pertama dia demam. Kira kuat jugaklah afkar nih. Anak member member aku ada jugak yang demam sebab kena injection. Tapi afkar, alhamdulillah tak demam pulak. Ni barulah nak demam. Pity him.



Tapiii. Lepas demam dah kebah ingat dah boleh lompat bintang. Tak jugak. Tiba tiba afkar naik rashes.  Mula mula kat dahi. Merebak ke bawah mata. Then pegi ke 1 badan. Orang orang tua cakap campak halus. Entahlah. 1st experience jadi tak tahu sangat. Aku tak bawak pegi jumpa doctor pun. Just bagi air kelapa muda. Tapi 2 sudu jerk. Alhamdulillah esoknya dah kurang. Hari ketiga dah bersih.

Monday, September 30, 2013

Blender yang dicari cari! Finally....

Yeahhh. Dah dapat tommee tippee baby food blender. Punyalah susah nak cari brand nih. Aku kan peminat setia tommee tippee. acehhh. 




Tapi serius memang susah nak dapat. Aku google sorang jerk yang jual. Nak dijadikan cerita orang yang jual tuh pulak dah pegi obesi. Aku try jugak kontek dia. Luckily, ada 2 jerk stock lagi. Tu pun dia cakap ada orang booking tapi tak amek. Memang rezeki aku lah kan. Fuhhh.





Berkobar pulak nak masak untuk afkar. Cehhh. Jangan hangat hangat tahek ayam sudeyyy. Ainihussin nih selalu centu la. Eh tak boleh takboleh! Demi sidemok aku tabahkan jugak diri ini. Cewahhh. Phuihhh.






Bukti pembelian. "Berkobar kobar...di dadaaa". acehhh. Comel jerk blender nih. Ringan pun ringan. Senanglah nak bawak pegi mana mana.





Guidance. List of foods for baby.

Tuesday, September 24, 2013

Sebelas tahun. Hampir terlupa untuk disambut.

24 september 2013 ~ happy 11th anniversarry! With ♥. AHHA




As usual, 24september adalah date yang tak boleh dilupakan. 1 of our special day. Tapiiii.... arini nyaris lupa. Denggg!






Mana tak lupa. Arini excited nak bawak my lil prince iegi check up. Check up for 5months. Ekceli excited nak tahu berat afkar. Yela. Aku takot obes jerk. Ramai nooo yang menegur. Cuak lah mama afkar kan? Hmmm. Tapi alhamdulillah still under control. Now dah 7.8kg.







Alhamdulillah doc cakap semuanya ok. Masa cucuk pun nangis kejap jerk. Tak sampai 5seconds pun. Legaaa. Lemak kat peha tebal sangat sebab tuh tak sakit kot. Eh? Hihi.







Berbalik kepada cite anibeseri tadi. Aku realised pun masa tengok fb tadi. Kebetulan date sama dengan besday bff. Tengok ramai yang dok wish *means besday bff pun hampir terlupa jugaklah. Ampunnn*. Hihi. Teringat ofismate penah cakap, "when u r married, u need to remember ur wife's birthday + anniversarry. No need to remember our birthday. But if u forget ur wife's birthday, u r in troble". Haha. Thats true!







Arini takde plan pape pun. Wish pun tak. Ntah ntah en.asben pun lupa coz Wife dia pun nyaris lupa. Hihi. Takpe kalau en.asben lupa. Tapi kalau real anniversarry en.asben boleh lupa mau kena sesah nih.







baru baru nih en.asben kasik gambar nih. 6 years ago. Aku tunjuk kat jah's vavavommm. Dorang cakap "nampak bebenor muka budak budak tapi dah gatal bercinta". Cettt. Kata pun jodoh. Kihkihkih. The best part was mil tak kenal wanita comel itu. Mak cakap en.asben dengan ex gf. Kecik ati ayammm. :'(

Tuesday, September 17, 2013

Sentiasa mengambil langkah berjaga jaga!

Hi uolls. Ada tak "tuesday blues"? Hmmm. Sebelum nih cuti sabtu ahad rasa tak cukup jerk. Nih cuti sampai isnin pun rasa tak cukup lagi. Haish. Nih lah manusia. Tak pernah bersyukur. Hihi.




Mana tak cukupnya kalau cuti tak duduk rumah. Berjalan jerk keja. Ada jerk aktiviti nak buat. Kesian sidemok tuh. Kecik kecik dah diajar berjalan. Haish.





Setiap kali kitorang laki bini keluar berjalan bila time makan jerk kitorang akan guna sistem bergilir. Sorang makan sorang jaga anak. Tapi setiap kali nak makan ada jerk yang baik hati nak pegangkan afkar. Mungkin dorang geram dengan ketembaman afkar. Kalau tak kasik serba salah pulak. Kadang terpaksa kasik jugak. Tapiii. "Sayang cepat sikit makan. Ambik afkar!". Risau kan. Yela bukan kita kenal pun. Jadi pape nak salahkan sape? Tanggung sendirilah nokkk!






Semalam lagi laaa. Ada orang dukung afkar sampai afkar dah nak terjongkang ke belakang. Mujur dapat diselamatkan. Kalau tak rioklah pinggang anak aku. Pehhh. Tak dapat bayangkanlah haiii. Hengat senang nak beranak??? Sumpah fobia gile.






Kejadian semalam membuatkan aku sentiasa be extra careful. Memangla kalau kite berjaga jaga pun kalau Allah dah cakap "kun faya kun", siapa kita nak lawan takdir kan? Tapi sekurang kurangnya kita sentiasa beringat.



Balik dari berjalan semalam singgah umah mertua. En.asben pun cite r kat abah + mak. Marah jugaklah dorang. Mau tak marah. Cucu sulung woiii.




Lepas nih memang tak dukung afkar macam tu jela. Suh ayah afkar pakai carrier. Dengan harapan orang lain takde terdetik langsung nak dukung afkar. Terpaksaaa. Hmmm.

Wednesday, September 11, 2013

Preparation: Solid food for my lil prince

InsyaAllah this coming friday genaplah umur  afkar 5bulan. Lagi sebulan dah boleh try bagi solid food kat afkar. Yeahhh. So sekarang masanya buat research puri apa yang sesuai untuk baby.





Refer to Dr. Mohd Nazir bin Abu Bakar (konsultan pediatrik shah alam specialist hospital), "memperkenalkan bayi dengan makanan pejal mesti bermula sebaik bayi berusia 6bulan".






Jika bayi diperkenalkan dengan makanan pejal bayi sebelum berusia 6bulan, ia akan menyebabkan:

□ masalah perkembangan usus bayi.

□ mengganggu sistem penghadaman bayi.

□ menyebabkan masalah komplikasi seperti pecah usus.






Ada jugak yang aku baca mummy2 kat luar sana dah bagi anak dorang makan seawal 4bulan. Kazen en.asben pun dah bagi makan cereal kat anak dia masa umur 4bulan. Yang paling hebat bagi air masak kat baby masa pantang *aku penah baca air masak tak elok untuk bayi sebulan dua*. Dia tanya jugak aku dah bagi makan kat afkar ke belum. Aku juz cakap belum ready lagi nak bagi. Depends on pendapat masing masing lah kan. Kebanyakan dorang cakap anak dorang dah signal dah ready makan solid food. So its up 2 them. 






For me, better aku dengar cakap doktor. Tak berani aku nak amek risiko. Beranak payah oiii. Even afkar memang dah signal dia dah ready nak makan tapi aku terpaksa kuatkan semangat tunggu 6bulan jugak. Kesian memang kesian. Bayangkan kita tengah makan kat kedai dia tengok jerk makanan tuh sambil jelir jelir lidah. What to do? Pujuk hati untuk bersabar jela kan? Hmmm.






Saba yerk afkar. Mama sekarang tengah kumpul resepi resepi puri untuk afkar makan nanti. Cewahhh.





Dalam website pama ada bagi 1resepi puri epal. Gigih jerk printscreen. InsyaAllah nanti nak try buatlah. Tak sabanyeeee!!!






Cara cara penyediaan:

1. Ambil sepotong buah epal. Cuci dan buangkan kulit. Potong seperti dadu.

2. Rebus bersama sedikit air.

3. Biarkan mendidih sehingga buah menjadi lembut.

4. Ambil epal yang telah direbus dan kisar sehingga halus.


Tempoh penyediaan: 10minit.

* buah epal dipercayai mampu menguatkan organ hati.





Ada jugak niat nak beli baby spoon nih. Macam senang jerk kalau nak bawak travel nanti. Takdelah bersepah sepah nanti dalam kereta kan?








Minum susu jerk dah tembam ceni. Tak tahu r makan nanti tembam cane. Haha. Oh
Ihtisyam Afkar. Mama + ayah sayang sangat kat afkar. Semoga jadi anak yang taat perintah Allah + Rasul yerk sayang.

Monday, September 2, 2013

Air liur vs rambut gugur

Dulu masa orang cite "kalau anak main air liur rambut mak mesti gugur!". Dalam otak aku "eh apehal anak main air liur rambut mak yang gugur?". Macam takde kena mengena jerk. Hmmm.






Tapi sekarang memang kena percayalah. Sejak sejak afkar main air liur nih memang rambut aku gugur yang teramat. Bukan sikit sikit. Bangun tido jerk tengok bantal, mak aiii. Seram sejuk. Berpuluh tuh memang konpem. Belum lagi shampoo rambut. Lagi terbaek habaqqq hanggg.








Macam mana erk cara nak elak rambut gugur? Cuak pulak aku. Tak kan nak mara afkar pulak. Bukan dia tahu apa apa. Tapi aku selalu jerk cakap ngan afkar, "afkar janganlah main air liur. Rambut mama dah gugur. Tak kesian ke kat mama?". Tapi makin main pulak dia. Haish.








Nak update pasal perkembangan afkar. Afkar dah 4bulan++. Alhamdulillah afkar dah boleh meniarap sendiri. Cumanya dia merangkak kebelakang. Pelik. tapi takpelah. InsyaAllah tak lama boleh lah maju kedepan pulak. Aminnn.







Layankan beberapa keping gambar si demok.









Monday, July 1, 2013

Ragam Ihtisyam Afkar


Perihal si demok.


Apa yang kita tahu baby nih kan time dia kecik dia akan terikut dengan perangai mak dia. yela. Dalam rahim mak dia harusla terikut kan? tapi semakin besar dia akan terikut perangai bapak dia ! hmmm. harap harap biarlah afkar ikot perangai mama dia. kihkihkih.



Antara perangai ainihussin yang afkar terikut:


1. kuat tido.
-> part nih afkar memang ikot betul perangai mama dia. tak kira masa asyik tido jerk. Sebab apa? Masa aku preggy dulu stat 5bulan aku asyik tido jerk. Pegi + balik ofis aku carpool dengan member. Dalam keta mesti tido. Balik umah, kol9 dah terbongkang. Kalau kat ofis time lunch hour jerk tepat kol1 stat makan cepat cepat then check in kat surau. Sumtimes tak makan pun terus check in. so no wonder afkar kaki tido kan? hihi.



2. pandangan nak gado.
-> masa preggy asal tak puas ati jerk dengan Mr.MIAR mesti pandang jerk member tak berkelip mata. Dengan harapan en.asben beralah. Tapi yang hadooo. Member buat tak tahu jerk. Cehhh ! so sekarang afkar pun macam tuh. siapa yang pangku dia tapi tak layan dia memang dia akan pandang macam nak gado. Hamboiii.





3. kuat nangis.
-> ainihussin nih seorang yang sangat sensitip. Benda yang tak patut nangis pun dia menangis. Mengade ngade lebih. So jangan mara r kalau afkar asyik nangis jerk kan? huhu. Tak kira siang ke malam ke asyik nak nangis jerk. Geram tau. Rasa nak cubit cubit jerk. *eh cakap jerk nak cubit. Tp tak sanggup pun nak buat*



4. suka mengeliat
-> memang aku suka sangat mengeliat. Kalau mengeliat, pehhh ! lega rasanya. Macam baru keluar dari kotak yang sangat kecik. Huhu. Si demok tuh pun pejam mata pun boleh mngeliat. Haish. Sampaikan bapak mertua bagi gelaran “king of mengeliat”. Hihi.




5. kaki bersilang
-> yang nih mama selalu tegur. Kalau aku baring terlentang automatically kaki kanan naik atas kaki kiri. Mama cakap tak elok. Tapi tanpa sedar kaki tuh gatal jerk nak bersilang. Tup tup afkar pun ikot jejak. Achaner tuh? hmmm. Redha jelaaa.




Yang paling penting afkar terikut kecomelan mama dia. eh? Hihi. *statement nak kena pukul*



Thursday, June 20, 2013

alhamdulillah...kenangan terindah!

stori kelahiran Ihtisyam Afkar.


9.00am – appointment dengan doktor. Sebab overdue dah 10ari so no choice kena induce jugak. Bila doc cek, air ketumban pun dah kurang. Lagilaaa kena induce cepat. Tapi bukaan baru 0.5cm. fuhhh. Tak scary ke kalau macam tuh? mujur en.asben sentiasa disisi.


10.30am – masuk wad. Nurse masukkan 1st dose. Ok tak sakit pun. Dah masuk ubat tak boleh berjalan. Baring jela. Sambil sembang dengan en.asben + baca alQuran (yang download dalam tablet) kot kot senangla bersalin nanti.


11.30am – baru bukak 1.5cm. Alhamdulillah ada perubahan.


3.30pm – stat sakit dah berguling guling atas katil. Bila cek bukaan still 1.5cm. oh no! boleh ke bertahan sampai 10cm. sekarang pun dah berguling guling. Mama pun tak sanggup tengok aku sakit.

Nota 1: lepas beberapa ari dah bersalin mama cakap “kalau bersalin tak sakit nanti tak sayang anak”. Ok demmit!

Nota 2 : sakit kan penghapus dosa. Alhamdulillah.


7.15pm – dah tak tahan sangat. Setiap 5minit dah sakit. Mintak tolong en.asben cakap dengan nurse memang dah tak boleh tahan lagi. Kena buat sumthing. So nurse datang nak bagi injection. Masa nak bagi injection tuh tanya jugak kot kot nurse bagi epidural (baru tahu kalau nak epidural bukan nurse yang bagi tapi doktor pakar. Biasala 1st baby memang banyak yang tak tahu. Hihi. Memang tak nak epidural sebab ramai cakap long term akan efek tulang belakang. Mama pesan selagi boleh bertahan kena tahan). Bila nurse dah bagi injection baru dia cek bukaan. Dat time dah 6cm. terkejut berok dia. cepat cepat lari amek wheelchair.

Nurse : puan cepat naik wheelchair. Kena masuk labour room sekarang. Takot terberanak kat sini!
AH : eh saya tengah sakit nih macam mana nak bergerak?
Nurse : masa tak sakit cepat cepat puan naik.
AH : ok tunggu.

Masa dah tak sakit sangat cepat cepat en.asben tolong naikkan ke wheelchair. Fuhhh.





Masa dalam labour room tuh tak silap aku takdela sakit sangat. Sebab aku ingat aku suh en.asben pegi solat dulu. Tapi pesan jangan pegi lama lama. Huhu.

The best part was :

Nurse : puan tahan dulu yerk. Doc takde sekarang.
AH : eh macam tuh pulak. kalau dah nak terberanak takkan nak tahan tahan?
Nurse : kitorg tengah try call dr.M***. Dr.J**** takde. (rupanya doc yang sepatutnya ada masa aku deliver pegi kenduri. Dia ingat aku akan deliver subuh esoknya. Siot ke tak tuh? haish. Takpe lah. As long as aku selamat syukur alhamdulillah).


Tak silap aku around 9 kot aku dah stat sakit sangat sangat terasa macam nak terberak. Nurse cakap berak jerk atas katil. Tapi aku cakap ngan en.asben “takkan nak berak atas katil. malulaaa”. En.asben, “takpe berak jerk”. Tapi dat time aku dah stat mamai mamai efek ubat yang dorang kasik petang tuh. sumpah rasa mengantuk sangat. Tak silap aku during dat time ada sorang doc + 2 nurse + 1 bidan + en.asben. sesi teran meneran berlaku. Tapi aku kena marah sebab tak teran. Macam mana nak teran kalau dah mengantuk sangat. Siap psycho aku bawak vacuum machine. Denggg! Ape lagiii. Nampak jerk vacuum machine terus bersemangat teran (takot duit melayanggg! Hahaha). Pushhhhh. Hambekkk.


10.15pm – Alhamdulillah Ihtisyam Afkar Bin Mohammad Ihsaini selamat dilahirkan. Mengalir air mata masa tengok en.asben azan+iqamat kat telinga afkar. Alhamdulillah dah jadi seorang mak. Tak tahu nak describe perasaan macam mana.




sangat berbeza lepas sebulan. makin membesar dengan sihat. mama afkar pun dah macam tak larat nak mendukung. tapi mama afkar tetap bertahan. hehe.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...