Pages

Ads

Wednesday, February 8, 2012

bukan doa kita yang makbul sebenarnya... :'(

pernah tak anda berdoa? eh ape punya soalan lah aku nih. ok. pernah tak doa anda tidak dimakbulkan? ape perasaan bila tidak termakbul? kecewa? oh no ! memang tak dapat nak diungkapkan perasaan kita.





tapi pernah tak doa kita termakbul? ape pulak perasaan bila doa termakbul? lompat bintang? sujud syukur? teruskan berdoa utuk masa masa akan datang? ermmm.






ade satu kisah yang meruntun jiwa aku bila membaca. serius! ekceli kisah nih dapat masa kat ofis. biasalah kalau keja dalam kelompok yang ramai, sorang dapat email mula lah foward memowardkan email tersebut. dan sebagai insan yang bertanggungjawab menyebarkan benda bend baik untuk dikongsi bersama (gile bajet! haha), aku masukkanlah dalam blog. bak kata fazura, "sharing is loving!".




Bukan Doa Kamu yang Makbul Sebenarnya...


Bercakap fasal doa,

saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.

Cerita yang saya dengar itu begini:

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

"Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat."

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: " Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku"

MasyaALLAH.

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.

Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

"Aku buat beginilah yang jadi begini."

"Doa aku makbul seh!"

"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."

Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya.

Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.

Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.

Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.

Semoga bermanfaat note ini.

Semoga Allah redha dengan kita


bagaimana? sentap? selama nih mungkin kita rasa doa kitalah yang dimakbulkan. tapi mungkin tidak ! tapi tak apa. kita masih mempunyai masa untuk berubah. apa kata mari kita sama sama doakan yang terbaik untuk orang sekeliling kita. *peace!*


p/s : perjalanan masih jauh !


aku yang membebel:

♥ainihussin♥

Tuesday, February 7, 2012

bertunang sempena maulidur rasul !

awas ! entry tak panjang tapi picha yang berjela jela. sila jangan muak !



05022012. selamat bertunang untuk diri sendiri.. eh salah. tajuk entry dah bajet. ayat pun mesti kena bajet jugak. kau ade?



serius bukan aku yang tunang. sumpah ! aku cuma menyebok jerk kat majlis tunang kawan aku. dengan niat nak tolong. padahal datang menonong jerk. sebab tak berapa nak sihat. selesai sudah member aku. tapi jangan tanya aku bila turn aku ok. sebab jawapan akan sama. "insyaALLAH. kalau ada jodoh adelaaa". *tibetibe*






ni la tuan punya diri yang bertunang. cik siti maisarah a.k.a mamai. dah selamat dah kau jah !




tiga dara pingitan. "single but not available". lepas nih turn yang baju cekelat tuh pulak.



beza ! memang berbeza ! haha. beza bebenor ainihussin bersama mamai. tyme nih aku memang tak berapa nak sihat sangat. tu yang semeeh sket. terasa itam sangat muka aku. cetttt.



kitorang datang menyebok jerk. tuh yang posing sakan. bajet gile kot ! huhu.



ni la pasangan paling havoc sekali. kalau gado tak mencarut memang tak sah. kapel clash tuh dah memang adat dorang. pahtu tak nak kalah. elok lah tuh kan? haha.



psss: dulu masa sem satu sumpah aku tak suka mamat nih. bile dah lama lama kenal not bad jugak lah ! shhhh. jangan bagitahu mamai. ade yang kecik ati nanti. ngehngeh.







ok stop. nak cite pasal pertunangan bff aku di nun perak sana. congrats ma dear, shima ! i'm happy for u ! sorry sangat tak dapat nak datang. kawen nanti insyaALLAH ainihussin sampailah kat sungai siput yerk. btw, kite doakan semoga perhubungan kalian dijauhkan dari anasir anasir yang tidak diingini. *harap harap si dodol tuh dah tak kacau korang lagik ! penyebok!*




serius cantik ! creative ! if i'm not mistaken, hantaran untuk pihak lelaki 90% dibuat oleh bff sendiri. nak tempah boleh? hehe.





sweet gile gambar nih !



muka hepi sangat. *sukesuke* veil tuh pun aku tahu cik shima buat sendiri. "shima, mama cakap shima kretif plus rajin ! untung sape dapat shima". mama yang cakap. bangga tak? hehe.




apa apa pun aku doakan semoga orang sekeliling aku akan bahagia di dunia dan akhirat ! aminnn.


p/s: tak saba nak jadi aunty.


aku yang membebel:

♥ainihussin♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...