Pages

Ads

Showing posts with label BFF. Show all posts
Showing posts with label BFF. Show all posts

Tuesday, January 8, 2013

tamat sudah zaman bujang mereka ! =)

hye uolls. arini aku tak berapa nak sihat. asyik muntah muntah jerk. efek kena injection ke? semalam aku pegi check up so kena injek yang kancing gigi tuh. sampai sekarang still rasa lenguh lenguh. then arini muntah muntah pulak. adehhh. kesian ainihussin. huhu.




takpela. demi "orang dalam", aku sanggup buat apa sahaja. wahhh gittew ! bajet uolls.





last entry aku ada cite kalau rajin aku nak update pasal kawen kawen kan? so arini walaupun tak berapa nak ok badan nih tapi aku tetap nak update jugak. ermmm. orang cakap bulan december adalah bulan mengawan. betul ke? ye kottt. sebab ramai sangat yang nak kwen. maybe dorang nak tamatkan zaman bujang sebelum melangkah ke umur seterusnya kot. kot la kan.





apa apa pun tahniahlah buat korang yang dah tamatkan zaman bujang macam aku nih !cewahhh. semoga berbahagia ke akhir hayat dan cepat cepat dapat anak. boleh kita letak satu skolah. gitteeewww. blueeekkkk.




jom layan gambar !



 01.12.2012 - yang nih ella. pehhh. bapak best kawen bawah sword barrel. sorry ella. kita tak dapat datang wedding kau. Mr.MIAR keja pulak. btw, congrats ella ! =)

p/s : dulu Mr.MIAR penah berangan nak kawen bawah sword barrel. tapi tak kesampaian pulak. kesian. dia. dalam mimpi jela yerk sayang. ekeke.






 02.12.2012 - yang nih rossa. wedding dia aku datang dengan Mr.MIAR + cik zaliny. datang dah lambat. pahtu tak sempat nak amek gambar. takde rezeki. sempat salam jerk. congrats ros ! =)

p/s : masa salam dengan pengantin terkejut dia perut aku dah memboyot. hehe.







  15.12.2012 - nih ofismate aku, kak fauzana. yang ramai ramai nih semua pun ofismate jugak. the best partnye yang dah kawen berlagak bujang. datang tak bawak laki masing masing. ok jangan salah faham. kebetulan laki masing masing keja pulak. ke dorang dah berpakat. eh? so konvoilah ramai ramai.

p/s : ari yang sama bff kawen tapi aku tak dapat datang sebab Mr.MIAR keja. nak travel jauh jauh tak larat pulak. sorry BFF ! :'(







 
 
22.12.2012 - yang nih effa. ex-schoolmate. tak sempat nak amek gambar dengan pengantin. so amek dari jauh jela. dats y asben dia tak pandang. huhu. congrats effa.







22.12.2012 -  ni lah eryn. sorry BFF. terpaksa datang umah asben dia bersama sama BFF yang lain. malangnya tak sempat nak jumpa BFF lagik satu sebab dia rushing nak masuk keja balik. sedihhhh. :'(
btw, congrats eryn + is. jangan noty2 tau !

 p/s : ni lah pengantin yang request wedding guestbook. ada sape sape nak request jugak? ahakz.







 
29.12.2012 - yang nih kak yan. kazen Mr.MIAR. kak yan kawen dengan anak jalil hamid oiii. sayangnya aku tak dapat jumpa pun jalil hamid sebab datang lambat. adehhh. eh? jalil hamid jerk kot. kalau misha omar regret r jugak kan? wakaka. congrats kak yan ! =)

 p/s : mujur tak nampak peyotttt ! *winkwink*








30.12.2012 - last but not least. mizi's wedding. terkejut dia sebab aku datang. padahal arituh aku cakap tak boleh datang. tapi tiba tiba muncul, mau tak terkejut beruk pakcik tuh. hehe. congrats mizi + rai. honeymoon kat genting jangan main game yang berat berat tau ! hehe. ;D

p/s : keciknye aku disisi pengantin. ok fineeeee. tak boleh pakai high heel. tunggu r lepas bersalin nanti. kahkahkah.

Friday, November 23, 2012

sampai hati diaaaa.... :'(

sanggup BFF (si A) buat macam tuh kat aku? Terbaekkk !




betul r statement "janji diCAPATIkan". berjanji dengan aku tapi janji tahek yang dia buat. Thanks BFF. sangat berterima kasih ! serius memang tak sangka.





ok nampak macam aku sangat kejam bila bercerita pasal BFF dalam blog. so agak agak macam mana aku nak luahkan segalanya yang terbuku dalam hati nih erk?





mungkin sangat kejam. tapi aku rasa lagik kejam bila si A buat macam tuh kat aku. mungkir janji dengan ibu mengandung yang hormon tengah tak stabil. so its fair rite kalau aku cite kat blog?










alkisahnya, si A berjanji dengan aku lepas breakfast nak datang umah jemput aku. mesej kol9.30. tapi kol12 tak nampak batang hidung. then called cakap nak gerak. tapi kol12.30 mesej cakap nak pegi sumwhere and informed me around 2.30 dia nak datang pick up.ok fine ! tapi haremmmmm. sampai ke sudah tak datang datang. kol8.30 called tiba tiba nak datang umah lagik. dat tyme memang aku takde r kat umah sebab pegi sg buloh. and juz sent SMS to say sorry sebab dia ade banyak benda nak buat.





wat da tutttttt???? aku nih takde benda lain r pulak kan nak buat. tunggu dia macam buah tak gugur. haish. dari 2.30 till 8.30 tak bagi kaba langsung jadi ke tak pahtu espek aku boleh terima alasan dia yang banyak benda nak buat? deymmm ! kalau tak dapat datang inform jela. bukan aku nak mara. aku fahamlaaaa. so aku boleh buat benda lain. tapi bila tak bagi tahu lagik r aku mara ! and the best partnya bila aku called BFF lagik sorang (si B), dia cakap the next day dorang jumpa berdua. wow. osem uolls !





mungkin dia rasa apa yang dia buat should be ok, as long as dia anta SMS kat aku say sorry. fyi, dengan orang lain mungkin dia boleh buat macam tuh tapi dengan ainihussin, SORRY !





ermmm. bulan12 nih big day dia. so sekarang nih aku still ada masa untuk berfikir sebanyak 30x sama ada aku nak datang ke tak. kejam kan? sorrylaaa. dengan ainihussin senang jerk. kalau kau buat baik dengan aku, aku 301x buat baik dengan kau. tapi kalau sekali kau buat tahek, 301x tahek aku balas balik. ok deal?






thanks a lot BFF ! ;D

Tuesday, February 7, 2012

bertunang sempena maulidur rasul !

awas ! entry tak panjang tapi picha yang berjela jela. sila jangan muak !



05022012. selamat bertunang untuk diri sendiri.. eh salah. tajuk entry dah bajet. ayat pun mesti kena bajet jugak. kau ade?



serius bukan aku yang tunang. sumpah ! aku cuma menyebok jerk kat majlis tunang kawan aku. dengan niat nak tolong. padahal datang menonong jerk. sebab tak berapa nak sihat. selesai sudah member aku. tapi jangan tanya aku bila turn aku ok. sebab jawapan akan sama. "insyaALLAH. kalau ada jodoh adelaaa". *tibetibe*






ni la tuan punya diri yang bertunang. cik siti maisarah a.k.a mamai. dah selamat dah kau jah !




tiga dara pingitan. "single but not available". lepas nih turn yang baju cekelat tuh pulak.



beza ! memang berbeza ! haha. beza bebenor ainihussin bersama mamai. tyme nih aku memang tak berapa nak sihat sangat. tu yang semeeh sket. terasa itam sangat muka aku. cetttt.



kitorang datang menyebok jerk. tuh yang posing sakan. bajet gile kot ! huhu.



ni la pasangan paling havoc sekali. kalau gado tak mencarut memang tak sah. kapel clash tuh dah memang adat dorang. pahtu tak nak kalah. elok lah tuh kan? haha.



psss: dulu masa sem satu sumpah aku tak suka mamat nih. bile dah lama lama kenal not bad jugak lah ! shhhh. jangan bagitahu mamai. ade yang kecik ati nanti. ngehngeh.







ok stop. nak cite pasal pertunangan bff aku di nun perak sana. congrats ma dear, shima ! i'm happy for u ! sorry sangat tak dapat nak datang. kawen nanti insyaALLAH ainihussin sampailah kat sungai siput yerk. btw, kite doakan semoga perhubungan kalian dijauhkan dari anasir anasir yang tidak diingini. *harap harap si dodol tuh dah tak kacau korang lagik ! penyebok!*




serius cantik ! creative ! if i'm not mistaken, hantaran untuk pihak lelaki 90% dibuat oleh bff sendiri. nak tempah boleh? hehe.





sweet gile gambar nih !



muka hepi sangat. *sukesuke* veil tuh pun aku tahu cik shima buat sendiri. "shima, mama cakap shima kretif plus rajin ! untung sape dapat shima". mama yang cakap. bangga tak? hehe.




apa apa pun aku doakan semoga orang sekeliling aku akan bahagia di dunia dan akhirat ! aminnn.


p/s: tak saba nak jadi aunty.


aku yang membebel:

♥ainihussin♥

Saturday, March 12, 2011

macam kenal jerk?

hye. pagi nih ting tong pulak. tak tahu kenapa. nak kena lempang sekali baru ok kot! panggggggg. ok. i'm fine. hehe. tak de pape nak cite. cuma nak share sumthing. tapi untuk yang berkenaan jerk. yang tak berkenaan sile buat tak tahu yer! ekeke.

nak share sumthing nih. sile lihat picha di bawah:


anonymous
? dalam erti kata lain "tanpa nama". ermmm. macam kenal. tapi sape erk? alahai. kena teka teka ke? errmmm. susahlah macam nih kan? orait. masa untuk meneka. disebabkan komen nih untuk N3 yang aku pegi wedding member aku tuh aku dapat rasakan yang komen ini datangnya dari member aku yang dimaksudkan dalam N3 tersebut. member yang mana? sape yang komen jerk tahu sape die. kan? kan? kan?

kalau betullah komen itu datangnya dari insan yang aku maksudkan. aku harap.....

---> si dia bertemulah kami untuk memulihkan keadaan. kitorg takdelah buang member sampai benci teruz. ainihussin nak sangat kite semua macam dulu kala. macam last tyme kite hung out kat genting. semua ada.

---> kitorg tak kisah pun si dia nak berkasih dengan sape. tapi pandai pandailah bezakan kawan dengan chenta hati!

---> kitorg memang dah terbukak ati untuk memaafkan dan dimaafkan! =)

kalau betul lah anonymous itu adalah cik H, ainihussin harap cik H respon balik yerk. tak kisah nak respon kat mana mana. kat formspring pon boleh sebab before this cik H penah anta kata kata maaf kan? so silelah lakukan kembali. terima kasih! tapi kalau bukan Cik H, sile abaikan siapakah gerangan anonymous itu. =)

peringatan: sahabat susah senang memang susah nak cari. tapi kalau dah jumpa sila hargai!


aku yang membebel:

♥ainihussin♥

Wednesday, March 9, 2011

kawen! kawen! kawen!

previous N3 aku cite pasal jalan jalan cari hadiah untuk pengantin kan? kali ni aku nak cite pasal hari kejadian iaitu hari kami menuju ke kenduri kawen. ok. bangun memang dah lambat r kan. nak dijadikan cerita, kebetulan semuanya tutttttt. memang terlajak r kan? tak senonoh punye anak dara! pahtu nak tunggu mandi, iron baju lagi. ish. ish. ish. lepas siap siap tuh, nak balut hadiah lagi. mana tak lambat. dah lambat boleh lagi posing kan? haish!

ex luvly rumet merangkap bffs. [green: gee, grey: eryn]. merekalah sahabat susah senang bersama ketika di KMPk. ekceli ade lagi sorg. tapi....... :'(

sangat bersungguh gee membalut hadiah. dibantu oleh jai. adakah ikhlas dari hati? ok. tak nak cite semuanya. kang terbungkar segala rahsia antara kami. biarlah menjadi sejarah pahit. kan gee? maaf!

kami dalam perjalanan menuju ke dewan. alamak! aku sedondon dengan jai. tapi kami tiada kaitan. bukan suratan tapi kebetulan. cewahhh.

selamat pengantin baru dari kami. semoga berbahagia ke akhir hayat! hamboi ommar. awalnye kawen. eh, awal ke? tak kot. kire ngam ngam ho la kan? ok. lepas nih turn sape pulak erk? ermmmm. sebelum tuh nak cite. masa kat matrik, kami ber8. 4 lelaki, 4 perempuan. tapi dalam gambar kat atas, ahli yang ada hanya 5 orang jerk. lagi sorg dah tak nak join kitorg. :'( lagi sorg outstation katanya. lagi sorang salah tertengok tarikh. *deym!*

sebelum balik, sempat lagi posing. kan!

gambar dibawah setelah pulang menghantar gee ke rumah kazen dia. tinggallah kami bertiga meneruskan perjalanan untuk menghantar eryn ke Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan untuk pulang ke jb.

shhh. walaupun bertiga tapi kami tetap posing sakan! =)

aku suke gambar nih! mungkin sebab kami nampak comel. *winkwink* atau sebab kami nampak sehati sejiwa dalam gambar nih.

p/s:balik dari anta eryn ade sesuatu yang berlaku. thanx Mr.M.I.A.R~ =)


aku yang membebel:

♥ainihussin♥

Monday, March 7, 2011

sumpah rindu korang! =0

kepenatan! sumpah penat gile. sampai terbabas pagi tadi. gara gara lupe nak set jam! choyyy. padiappa punya aini! haha. semua gara gara berjimba jimba. jumpa ex rumet yang hampir 2tahun tak jumpe. korang! rindu tahap gaban. next time kite plan lain pulak yerk. tak puas bergosip. tak puas tido sekatil dengan korg kelmarin. semuanya tak puaslah. so nak jadi puas kena tatap gambar korg. cewahhh~

eryn suke sabotaj! benci.benci.benci! haha,

so sweet, bff! sempat lagi betulkan tudung i. lebiu lah! hehe~

ok. finally. berjaya melompatkan diri! tahniah incik steward. lalala.

kau yang besar sangat ke aku yang kecik sangat jai? kau yang besar sangat kan? muahaha~


hadiah untuk si pengantin! tahniah dari kami. =)


aku yang membebel:

♥ainihussin♥

Monday, February 14, 2011

happy birthday incik BFF! =)

happy valentine's day. opsss. i orang ISLAM ok. tak sambut benda benda ceni. i tunggu Maulidur Rasul sok! mari kite berarak bersama. hehe.

arini 14 february 2011 bersamaan besday BFF aku. cewah. bangga tak kau zidel! dah r aku wish kat fon (walaupun aku lambat sebab aku tertido), kat wall mukabuku kau. dan sekarang dekat blog aku lagik. mesti seluar kau terkoyak kan? rabak lagik! lalala. cepat ucap terima kasih! haha.

hamboi. bukan main besar lagik aku upload gambar kau! gambar aku pown tak sebesar gambar kau tau! muahaha. ape ape pown aku harap persahabatan kite yang officialnya selama 8tahun akan berkekalan selama lamanya. *yeke 8tahun? aku kire dari kite form4. sebelum tuh aku rasa unofficial. hehe.
May all your birthday wishes come true!

Hope that you have joy & fun on your special day!

You are a wonderful friend! Best friend forever! =)


aku yang membebel:

♥ainihussin♥

Thursday, January 27, 2011

Sahabat Selamanya. =)

tertarik dengan lagu sahabat selamanya by padi. nih OST upin ipin kan? errmmm. sumpah
tertarik. dengan melodinya. dengan liriknya. love everything about this song. it inspires me to appreciate my friends.


SAHABAT SELAMANYA BY PADI (OST upin ipin)

Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia

Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selama-lamanya… setia…


XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXXOXOOXOX



Tips menjadi sahabat yang baik:

1. menghargai sahabat. =)

2. setia. sentiasa bersama sahabat dalam apa jua keadaan sekalipun. ketika susah ataupun senang. =)

3. menjadi pendengar yang setia. kalau tak dapat membantu at least cuba menjadi pendengar yang setia. =)

4. kepercayaan. jangan hilangkan kepercayaan yang sahabat anda telah berikan kepada anda. sekali kepercayaan itu hilang, TIADA MAAF BAGIMU! =)

5. sentiasa mendoakan yang terbaik untuk sahabat. =)

6. memberi nasihat atau mengingatkan sahabat tentang kelalaian yang telah dilakukan. =)

7. elakkan berkelahi tentang perkara perkara yang remeh. =)

8. sentiasa memupuk kasih sayang sebagai sahabat sehingga akhir hayat. =)

9. sentiasa memaafkan kesalahan sahabat. =)

10. sentiasa mengucapkan terima kasih kepada sahabat walaupun bantuan yang diberikan adalah sekecil zarah. =)

Friends are forever, it's a love that never dies.

No matter what happens next, we will always be friends till the very ends.

Friends Forever! =)

~L.O.V.E~


aku yang membebel:

♥ainihussin♥

Sunday, January 23, 2011

macam macam ragam! macam tahek pown ade tau! haish~

hye. tibe tibe teringin nak cerita macam macam. idea dah ade. mood pown memang tengah membara bara. so ayat aku memang agak pedas sikitla yerk untuk N3 kali nih. kalau siapa yang tak sanggup baca sila tutup mata. nak lagi senang, jangan tengok blog aku. abis cerita. kan3? *winkwink*

previous entry aku cite yang aku juin BFF CONTEST kan? ok. sekarang aku rasa aku dah give up. sangat sangat give up. macam macam aku pikir. asal aku boleh dodol sangat juin contest tuh. kan dah memeningkan kepala hotak aku nih! kalau aku tak juin takdelah aku pikir sangat nak menang. takdelah aku menyusahkan sesiapa pown. takdelah aku malu sangat. huhu.

mesti pelik kan. ape yang nak malunye. ceni. cuba korg bayangkan. orang yang kite tak penah tegur kat FB tibe tibe kite tegur sebab nak suruh die like picha. haish. takleh terima akal sungguh. sape sape pown mesti akan pelik. 2la yang aku lakukan. aku boleh tegur semua yang aku tak penah tegur nak suruh dorg like ma picha. mesti dorang terkejut beruk kan? tapi mostly my fren sangat sporting. bile aku tegur and suruh dorg like, tanpa banyak tanya dorg like jerk. dats y sekarang boleh mencecah 300++. thanx u'olls. sangat terharu. yang like jerk takpe. ade jugak yang sempat wish good luck.contohnye dorg nih:

terharu sangat. tapi yang aku tak boleh blah bile ade jugak insan yang tak ikhlas. kalau tak ikhlas pown janganlah tunjuk sangat dol! kan. ini bukan paksaan. kalau kau tak nak buat takpelah. kau tak perlu komen nak bagitau semua orang yang kau tak ikhlas. tak perlu ok.

macam mamat kat atas nih. boleh pulak tinggalkan komen "telah dipaksa. harap maklum. sekian, wassalam". ok. aku memang tak kenal kau! sebab die kawan kakak aku. tapi masa kakak aku promote kat die aku ade dekat sebelah. bukan kakak aku paksa pown. just cakap mintak tolong like jerk.tapi kau buat onar pulak kan? deym!

lagi satu mamat sorg nih. boleh lak kau tinggal komen, "cet..semua tu bukan like ko..hahaha". kalau ikot mulut aku nih memang dah berbakul bakul aku maki woi. vavi. biar r dorg nak like ke tak. jadi masalah kau ke? ok. aku tahu kau gurau. tapi kau agak agak orang lain tahu tak yang kau tengah bergurau? hah? otak tarak ka? haish.

ade lagi satu member kakak aku. masa kakak aku suruh like, die dengan bangganya like. lepas tuh die ajak kakak aku kuar. kakak aku taknakla. lepas tuh terus die "UNLIKE". ok der. aku memang suke cara kau. cara kau memang tunjuk sangat kau nih lelaki BODOH! terima kasih.

yang aku tak boleh blah lagi bila ade member member aku tanya, "asal kau juin contest nih?". jawapan aku 1 jerk. "soalan bodoh ape yang kau tanya?". aduhhh. tak paham aku. perlu ke aku jawab, "aku nak ubah naseb keluarga aku!". woi. kau hengat aku masuk akademi fantasia ke? aku masuk mentor ke? kebodohan kau terserlah la pulak kan? kesian.

btw, memang aku appreciate sangat kepada yang telah mengundi aku. ikhlas ke tak aku still nak ucap terima kasih yang tak terhingga. aku sangat menghargai jasa anda semua. lepas nih aku dah tak menyusahkan korg lagik sebab aku tak mungkin akan juin contest yang boleh memeningkan kepala hotak aku nih. first and last aku juin. huhu~=)


aku yang membebel:

♥ainihussin♥

Saturday, January 22, 2011

nak mintak jasa baek korg! =)

maaf. rasa dah lama sangat aku tak update cik blog nih. rasa rindu pulak. hehe. aku bizi la. bizi dengan kerja. bizi dengan misi aku sekarang nak menang. hah? menang? menang ape pulak nih. ok korg. sapa sapa yang baca blog aku nih, boleh tak aku nak mintak tolong daripada korg. simple jerk. nak suruh korg like like jerk. lagi ramai yang like, bolehla aku menang. kan?

macam nih. aku ade juin 1 contest. BFF CONTEST. contest nih cuma nak like picha jerk. korg tolonglah vote untuk aku ea. hah? macam mana? ok ok. ceni.


1st step: korang pegi link nih http://www.facebook.com/eightdesigns then click like button.

2nd step: korang pegi link nih pulak http://www.facebook.com/photo then click like button.

.picha nih r yang korg kena like.

senang jerk kan? tak susah pown. kalau rajin korg tolonglah promote dekat member member korg. lagi ramai lagi best kan? plissssssssssssss. *tengah merayu sambil buat muka comel~


aku yang membebel:

♥ainihussin♥

Saturday, October 2, 2010

bukan sahabat yang baik~maaf..!!



maaf SAHABAT..!!

[ainihaslinahussin] bukan seorang sahabat yang baik..

bukan pemberi pendapat yang baik!!

bukan pendengar yang baik!!


tapi...


[ainihaslinahussin] hanya mapu berkata:

"bersabar wahai sahabat!"


sebab [ainihaslinahussin] tak tahu macam mana nak beri pendapat @ cadangan yang baik..

sebab before this

[ainihaslinahussin] cuba memberi pendapat sebaik mungkin..



tapi malangnyerrr..


sahabat hanya mendengar dan.....




...hanya mendengar sahaja!!


Monday, September 20, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU RATIH&PASANGAN..!!

hye korang..sekarang nih ak terpakse update blog sebelah malam..siang takleh nak online sangat..so terpakse update di umah terchenta..cewahhh..tapi takpe..janji ak tak lupe kat darling ak (blog) nih..luv u..muaaahhhhh301x~~

wiken arituh ak tak dok umah sangat..penat berjalan..haissshhh..tak puas dok umah..sumpah penat gile..nak cuti..!!!!nak rehatkan diri..nak dating..!!hah???dating???yeee..nak dating..kalau lame tak jumpe leh buat asek gado jerk..ish3..

berbalik kepada cite berjalan tadi..sabtu arituh skoolmate ak (ratih sanggar wati) kawen..wahhh..kawen..syokkk wo0o..ak nak kawen jugak!!lalala..tapi pelik sket..sebab ak tak penah lagik attend wedding belah malam..nih pestyme ok..tapi syok jugak..pengalaman..wawawa~~

mulanya:

7.40:ak bergerak dari umah seorang diri..janji dengan member2 jumpe depan kem PGA,ceras lepas maghrib..nak konvoi..lagipun ak tak tahu jalan..tapi ak kena jemput zaliny dulu..so singgah umah zaliny dulu..makcik tuh pulak bile ak dah sampai tak siap lagik..macam die lak yang nak kawen kan???

8.25:sampai depan kem sume dah terpacak..ntah2 tengah maki2 kitorg yang lambat nih!!haha..padan r muke dorg (farrah,hanafi,yan,fudel,radin,izat)..!!kitorg sampai teruz gerak..dah lambat kot..4 kete peginye..tapi melampau dorg nih..1kete=2orang..tak ke gedix tuh..kalau ak tahu memang ak tumpang jek..huhu..

9.10:smpai gak dewan yang dituju..jauh gile fudel bawak kitorg berjalan..tapi sebab ak tak tahu jalan,ikotkan aje..janji selamat sampai..kan3???bile kitorg sampai tengok2 fizah&&erika dah nak balik..eeh..awal lagik kot..ajak dorg lepak skali..lama tak jupe..makan2..amek gambar ngan pengantin (jumpe lagik member2 skola yang lain..ramai gak)..lepas tuh sambung sembang lagik..dah puas sembang dalam dewan,sambung sembang tepi jalan lak..macam2 gosip kuar..haha


10.30:sambung bergosip kat mapley lak..masa kitorg datang kedai tuh senyap jerk dorg..kusyuk tengok bola..datang jerk kitorg memang bergegar dunia..haha..

11.10:bayar2 teruz gerak balik..sampai depan plaza pheonix tuh leh ujan r pulak..nak dijadikan cerita ak nih silau..contact lens lak takde silau..spek lak tak bawak..haisshhh..terpakse r ak call mama cakap balik lambat sket..kena bawak keta slow2..dah r balik sorg..

11.45:selamat sampai di umah..alhamdulillah..naseb mama tak marah..yeke mama tak mara???jangan mara maaa...nanti cepat tua..ahakz~ ;P

p/s:sedih gak geng kitorg tak cukup korum..lagik 2orang tak dapat datang coz dorg studi kat unisel..sedih jerk..kalau tak sampai esoknye pun tak abes sembang..rndu kat ZHAFFES..!!

Z: zaliny (√)
H: hafiz (x)
A: aini (√)
F: fizah (√)
F: farrah (√)
E: erika (√)
S: syadiqin (x)


Wednesday, June 9, 2010

kawan ku di...........


malam tadi tengah baring2 tibe2 ak teringat kawan baik ak a.k.a ex-roommate..alahaiii..rindunye sama kamo0o gee..ak pun ambil handphone dengan tujuan nak mengumpat2 r dengan makcik tuh..2x call tapi makcik tuh tak angkat..tibe2 macam nak marah lak..adesss..5minit lepas tuh ak dapat mesej dari gee:

"salam aini..sori org xleh angkt fon..
nnt krdt aini tolak byk.."

aik2..pelik gak kan..kredit leh tolak banyak..apehal lak makcik nih kn???ak pun balas r..

"aik???nape lak gee???gee katne???"

haruslah kena tanye kan???mane tahu die kat london ke..leh gak mintak ole2..acece~~tibe2 die balas:

"org kat mekah..xleh angkt coz org xromin'.."

owh..patut r..naseb tak menyumpah..haha..bestnyer gee..nape tak bagitahu nak wat umrah..leh anta kamo..then,sambung mesej lagik..

"wah..beznyer..nnt jgn lupe doa'n kite yerk..plus ole2 skali..hehe..erm..kem salam kt family tau"

2 jerk yang ak terpikir..haruslah mintak doa yang baik2 ka
n??dekat mekah kot..pahtu gee reply balik:

"ok2..sok org wat umrah org doakn utk kamo yerk..nak doa pe???cpt kawen??"

gee oh gee..memahami tol..haha..actually tak terpikir pun nak kawen awal..tapi kalau dapat ape salahnyer..wakaka~~!! ;pp

"hehe..leh gak kalu nk doa'n cepat kawen..tp kalu leh doa'n r cpt dpt kje..ahakz..erm..k r gee..sori ggu..rndu..2 y
call..hehe..smoga ibadat kamo0o diterima yaa..amin..n smoga slamat smpai cni.."

2 jerk yang mampu ak cakap dengan beliau..hehe..

"nnt org smpai sne org cntact aini ea..rndu kamo0o jgk..!!kem salam kt fmly sume"

alahai gee..rindu sama kamo0o..bile mahu turun kl yerk..eryn pun sama..bile kite leh berjumpa..dah lama kot tak jumpe..before nih kan kite akan jumpe setahun sekali..tapi sekarang dah lebih setahun kot..nanti nak datang kl roger2 r yerk..eryn..nanti kalau kite balik kampung and singgah JB nanti kite hangout same2 tau..nak jum
pe abah..muahahaah.. :DD



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...