aku terdetik nak check up sebab last week member aku ade yang dah pegi check up. die cite idung die dah bengkak. doktor cakap area atas idung die dah takde darah. ay0oo. teruk ke centu? boleh ubat ke resdung nih? kalau ade cane nak ubat erk? takotla pulak kan. ngehngeh.

ape tuh resdung? resdung lebih dikenali sebagai sinus iaitu berpunca daripada jangkitan bakteria di bahagian hidung dan rongga rongga di bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran saluran kecil. kalau sinus tersumbat akan berlakulah lendir yang terkumpul dan seterusnya kuman akan membiak dalam rongga sinus tersebut. disebabkan keadaan itu berlaku maka terhasillah nanah yang busuk dan bengkak yang akan berlaku dalam lapisan hidung.
tanda tanda resdung:
1.kerap bersin.
2.kurang deria bau.
3.gatal mata, mata berair.
4.migrain atau sakit kepala.
5.berjerawat.
6.mengalami demam atau badan kurang selesa yang berpanjangan.
7.sakit tekak yang berpanjangan atau kerap berulang.
macam mana cara nak kurangkan resdung nih erk? kalau nak hilangkan terus memang tak la kan? tapi kalau dapat kurangkan pown takpe. sebab aku rasa sekarang tahap resdung aku makin teruk. :'(
aku yang membebel:


