Pages

Ads

Showing posts with label SRP. Show all posts
Showing posts with label SRP. Show all posts

Wednesday, March 9, 2011

"Skim Rumah Pertamaku!" ;D

tibe tibe baru teringat nak update pasal isu semasa. mujur bos bukak cerita pasal nih. asalnya nak update pagi tadi. tapi mengantuk menghalang diri ini untuk mencari maklumat. bile dah bos bukak cerita, ape lagi. segar bugar lah cari maklumat. hehe. harini rata rata muka depan setiap akhbar menceritakan pasal perasmian "Skim Rumah Pertamaku (SRP)". teruja!


SRP telah diumumkan ketika perbentangan Belanjawan 2011 oleh kerajaan. Skim nih sedikit sebanyak membantu warga muda yang berpendapatan tidak lebih daripada RM 3,000 untuk memiliki aset sendiri. kewujudan skim ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.



XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOX



Kriteria kelayakan SRP:

1. mestilah Warganegara Malaysia.

2. Belian rumah pertama.

3. Individu yang berumur tidak melebihi 35 tahun.

4. Pendapatan yang dimiliki tidak melebihi RM 3,000 sebulan.

5. Telah disahkan jawatan dalam pekerjaan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan.



XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOX



cara untuk memohon pembiayaan SRP:

Permohon hendaklah membuat permohonan dimana mana cawangan bank yang terlibat.


untuk maklumat lanjut, sile lawati website: www.srp.com.my


aku yang membebel:

♥ainihussin♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...