Alhamdulillah. Dah selesai aqiqah untuk Izzah Alani Binti Mohammad Ihsaini pada hari ke50.
Masa nak buat aqiqah ni kat kemboja banyak sangat persoalan yang datang. Boleh ke? Bukan kena dulukan negara sendiri ke? Ramai lagi rakyat malaysia yang susah, kenapa nak tolong negara lain dulu?
Fuhhh. Susah kan jadi parent ni kalau dah banyak sangat persoalan. So kena banyak jugak tempat rujukan. Mula mula aku ada tanya ustazah sekolah aku. Disebabkan ustazah aku dah deactive fb dia so aku tak boleh nak printscreen conversation kitorang. Tapi Ustazah Yusnah cakap sepatutnya memang kita kena dahulukan Malaysia berbanding negara lain. Terima kasih ustazah! *bila ustazah nak active balik fb? Banyak benda nak tanya ni. Huhu.
Tapi still tak puas hati lagi. Dengan teknologi yang canggih ni aku pun dok google google nak cari kepastian. Akhirnyaaaa....
Alhamdulillah terjawab sudah. Mula mula sangsi jugak. Sebabnya bila tunjuk kat mama, mama tanya "boleh percaya ke?". Haaa sudah. Tapi sebab statement tu dari website e-fatwa so boleh dipercayailah. Tapi kalau sesiapa yang baca entry ni nak betulkan sila ye. Kita saling mengingati.
Aku menggunakan khidmat equrban untuk melaksanakan aqiqah alani. A big thanks to equrban resources sdn bhd. Ape ape boleh rujuk website dorang ye. Oh yaaa. Dengan diorang pun aku rujuk jugak berkenaan permasalah di atas. Dan jawapan sama macam ape yang aku google. Additional, kat sana sebenarnya lagi susah. Nak jumpa kambing / lembu setahun sekali pun susah.
Yang ni sijil menandakan pelaksanaan telah dilakukan.
Dah laksana pun ada kemusykilan jugak. Terperasan nama kat kambing tu salah. Sepatutnya "Ihsaini" tapi dia tulis "Ihsani". Tu la. Nama lain daripada orang lain kan. Asyik salah jela. Huhu.
Pihak equrban cakap ok je. Yang penting niat. Sebabnya yang tulis tu orang kat sana. Tapi yang penting niat parent tu sendiri. Ok legaaa.
0 pendapat mereka! =):
Post a Comment