Pages

Ads

Showing posts with label IZZAH ALANI. Show all posts
Showing posts with label IZZAH ALANI. Show all posts

Thursday, July 2, 2015

Day50 - Aqiqah untuk Izzah Alani Binti Mohammad Ihsaini

Alhamdulillah. Dah selesai aqiqah untuk Izzah Alani Binti Mohammad Ihsaini pada hari ke50.




Masa nak buat aqiqah ni kat kemboja banyak sangat persoalan yang datang. Boleh ke? Bukan kena dulukan negara sendiri ke? Ramai lagi rakyat malaysia yang susah, kenapa nak tolong negara lain dulu?




Fuhhh. Susah kan jadi parent ni kalau dah banyak sangat persoalan. So kena banyak jugak tempat rujukan. Mula mula aku ada tanya ustazah sekolah aku. Disebabkan ustazah aku dah deactive fb dia so aku tak boleh nak printscreen conversation kitorang. Tapi Ustazah Yusnah cakap sepatutnya memang kita kena dahulukan Malaysia berbanding negara lain. Terima kasih ustazah! *bila ustazah nak active balik fb? Banyak benda nak tanya ni. Huhu.


Tapi still tak puas hati lagi. Dengan teknologi yang canggih ni aku pun dok google google nak cari kepastian. Akhirnyaaaa....




Alhamdulillah terjawab sudah. Mula mula sangsi jugak. Sebabnya bila tunjuk kat mama, mama tanya "boleh percaya ke?". Haaa sudah. Tapi sebab statement tu dari website e-fatwa so boleh dipercayailah. Tapi kalau sesiapa yang baca entry ni nak betulkan sila ye. Kita saling mengingati. 



Aku menggunakan khidmat equrban untuk melaksanakan aqiqah alani. A big thanks to equrban resources sdn bhd. Ape ape boleh rujuk website dorang ye. Oh yaaa. Dengan diorang pun aku rujuk jugak berkenaan permasalah di atas. Dan jawapan sama macam ape yang aku google. Additional,  kat sana sebenarnya lagi susah. Nak jumpa kambing / lembu setahun sekali pun susah.


Yang ni sijil menandakan pelaksanaan telah dilakukan.



Dah laksana pun ada kemusykilan jugak. Terperasan nama kat kambing tu salah. Sepatutnya "Ihsaini" tapi dia tulis "Ihsani". Tu la. Nama lain daripada orang lain kan. Asyik salah jela. Huhu.




Pihak equrban cakap ok je. Yang penting niat. Sebabnya yang tulis tu orang kat sana. Tapi yang penting niat parent tu sendiri. Ok legaaa.

Saturday, May 16, 2015

Dilema seorang ibu! 😢

Semalam dapat notification kat fb yang en.asben tagged sumthing. Gambar seperti di bawah:





Kadang kadang takut bila fikir anak makin membesar ni. Kepala dok fikir boleh ke aku didik anak anak jadi orang yang berguna? Zaman sekarang bukan lagi macam zaman dulu. Silap langkah kita yang merana.




Bila aku baca komen komen kat situ mostly parent menghadapi masalah yang sama jugak.




Macam aku. Kadang kadang geram dengan afkar. Sekarang dah pandai sepak sepak orang. Jentik kaki memang dah banyak kali dah tapi macam tu jugak. Mana ntah dia belajar. Kalau ikotkan dia taklah layan katun katun yang ganas pun. Upin ipin, mickey mouse, rabbid, pocoyo, timmy time. Katun yang biasa biasa tanpa keganasan. Kalau ikotkan dia pun bukan jenis terpengaruh dengan katun. Tapiii......




Lepas tu kadang kadang suka cakap "aku nyeee". Wahhh. Memang kena jentik lah mulut tu kan. Bila dia tersebut je "aku nyeee", dia nampak aku jegil mata terus tukar "attar nyeee". Cepat sangat terpengaruh bila dengar ada yang cakap. Geramnyaaa!




Macam manalah kat sekolah nanti. Siapa yang nak control kalau kat sekolah. Takkan nak suruh cikgu jentik mulut budak budak kan? Takkan aku nak duduk sekolah tu. Baik aku je yang ajar. Haish. Dilema betul lah!




Malam malam aku buat jugak baca surah alfatihah + al ikhlas + al kausar then tiup kat ubun ubun afkar. Bisik kat telinga bagi nasihat bila dia mamai mamai nak tido. Tapi macam tak jalan je. Mungkin aku tak bersungguh sangat kot tu yang Allah belum dengar doa aku lagi. YA allah. 😢




Hmmm. Tu baru yang abang. Yang adik tak tahu lagi macam mana perangai dia. Ya Allah, kau bantulah hambaMu dalam mendidik anak anakku ini.

Wednesday, April 29, 2015

Izzah Alani Binti Mohammad Ihsaini menjadi pilihan!

Setelah sekian lama serabut kepala dok fikir apelah nama my lil princess ni, akhirnyaaaaa....


Izzah Alani Binti Mohammad Ihsaini.

Izzah - kemuliaan
Alani - ketinggian


Fuhhh. Lega dik non.


Kenapalah kali ni susah sangat aku nak fikir nama untuk anak. Banyak jugak nama yang aku ada. Tapi mendapat bantahan dari en.asben. Panjang sangatlah. Susah nak sebutlah. Moden sangatlah. Haish. Kalau ikot En.asben dia nak letak "nur". Tapi aku yang tak setuju. Huhu. Bukan ape. Kalau boleh aku nak lah nama anak anak sama je. Macam nama adik beradik aku. Semua AHH. Disebabkan afkar dah IA so continue jela kan.



Irdina Aleesyazlina @

Irdina Aweesyazwina


En. Asben cakap panjang sangat. Tergeliat lidah katanya. Huhh. Coincidence member en.asben pun letak nama irdeena. Ape barang nama sama kan? Ok tukar!



Imarah Alani - kemakmuran ketinggian


Tapi kalau nama ni konpem konpem kat sekolah cikgu akan panggil 1st name. Macam pelik pulak panggil imarah. So change!



Idora Alani


Punyalah mencari ape makna idora. Tapi tak jumpa. Bila aku tanya ustazah aku, dia pun tak boleh nak konpemkan maksud idora. So canceled!



Finally, Izzah Alani jadi pilihan en.asben. Itu pun aku bagi list nama untuk dipilih. Huhu.



Alhamdulillah dah seminggu alani keluar dari perut mama. Sekejap je kan. Padahal terasa macam baru je rasa sakit sakit nak meneran. Hehe. Lepas ni tup tup dah setahun. Hailah anak. Janganlah cepat sangat membesar. Nanti mama rindu bau baby. Hmmm. Wanginya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...