di sini ak selitkan sekali doa akhir&awal tahun. mudah-mudahan kite boleh samasama amalkan. bak kata prof.Izi Hj. Ali, "renung-renungkan dan selamat beramal"
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
*Doa akhir tahun ini dibaca pada akhir waktu asar. Sesiapa yang membaca doa ini, maka berkatalah syaitan:
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
*Doa Awal Tahun dibaca 3x selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, maka berkatalah syaitan:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan"
Antara amalan yang disunatkan pada bulan Muharram adalah:
1) berpuasa --> Barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Muharam, pahalanya seumpama berpuasa 30tahun.
2) perbanyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dll.
3) berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3x.
4) berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib.
p/s:samasama kita memperbaiki diri menuju ke jalan yang diredhai-NYA. amin~
0 pendapat mereka! =):
Post a Comment