Pages

Ads

Monday, July 6, 2015

Epidural or ubat tahan sakit. Perlu ke tidak?

Sekarang ni tengah viral pasal epidural dan ubat tahan sakit kat fb kan? Epidural menyebabkan seorang ibu menjadi lumpuh. Ubat tahan sakit menyebabkan anak dilahirkan tak normal. Macam macam side effect untuk dua ubat ni. Thats why before kita decide nak ambil silalah cari info dulu. Tapi kannnn....




Kalau dah sakit sangat sangat memang tak dapat nak fikir ape akan jadi in future. Serius!



Sumber dari google



Sebenarnya semua tu penyebab Allah nak atur ape akan jadi. Betul.





"Kau tak kena bolehlah cakap!". True. Memang aku boleh taip ape yang aku suka. Tapi itulah realiti. Sebab Allah bukan uji aku pada anak. Tapi Allah uji aku pada benda lain.





Masa bersalinkan afkar aku kena induce. Ingat aku nak ke kena induce? Disebabkan overdue more than a week (10days hokey!) so doc suruh induce. Sebab ape? Sebab takut jadi apa apa dekat baby. Nak dijadikan cerita memang air ketumban dah kurang. Nak tak nak redha jela.






Orang cakap kalau induce memang sakit. Betul ke? Memang betul lah. Sakit berguling guling. Sampai mak aku sendiri tak sampai hati nak tengok. Sanggup tinggalkan anak dalam kesakitan. Nampak macam kejam kan? Tapi kalau dah jadi mak tahu lah naluri seorang ibu. Kalau boleh gantikan diri sendiri memang dah ganti. Tapi mengadalah kan kalau boleh transfer sakit kat mama aku nak transfer. Penyakit cari sendiri kot! Haha.






Disebabkan sakit sangat sangat aku yang mintak ubat tahan sakit. Aku tak nak epidural! Sebab aku dah tahu side effect. Tapi aku tak tahu side effect kalau ambil ubat tahan sakit. Tak expect kan? Dan yang paling nak marah nurse bagi injection dulu baru check bukaan. Masa tu dah 6cm.






Can you imagine dah sampai masa kau nak meneran tapi kau mengantuk tahap gaban! Lepas tu kena marah dengan doc sebab tak mampu nak teran. Hangin tak agak agak? Siap phyco lagi bawak vacuum machine. Even mengantuk tapi otak aku masih boleh berfikir. Mengenangkan nanti kepala anak jadi lonjong dan yang penting kos akan meningkat aku teran jugak sekuat hati. Haha. Itulah side effect untuk ubat tahan sakit. MENGANTUK!!!!






Tapi Alhamdulillah afkar tak ada apa apa. Tapi untuk bersalinkan alani tak sempat nak ambil apa apa. Alhamdulillah dipermudahkan.






Baru baru ni adik ipar ada cerita isteri abang dia kena ceaser sebab baby dah berak. Dia punyalah risau. Tapi ape yang aku dapat nasihatkan, "berdoa". Tu je.





So please la. To mom2be out there. Apa yang penting banyakkan berdoa. Jangan terlalu berfikir. Semua Allah dah tentukan. Yang penting Mulut tu sentiasalah berzikir. Selawat. Berdoa. Lailahailla anta subhanakainni kuntuminazzalimin jangan tinggal. Sangat penting!






Aku doakan semuanya selamat hendakNya especially to my sis in law. Jangan banyak berfikir yang bukan bukan ye adik ipar!

Thursday, July 2, 2015

Day50 - Aqiqah untuk Izzah Alani Binti Mohammad Ihsaini

Alhamdulillah. Dah selesai aqiqah untuk Izzah Alani Binti Mohammad Ihsaini pada hari ke50.




Masa nak buat aqiqah ni kat kemboja banyak sangat persoalan yang datang. Boleh ke? Bukan kena dulukan negara sendiri ke? Ramai lagi rakyat malaysia yang susah, kenapa nak tolong negara lain dulu?




Fuhhh. Susah kan jadi parent ni kalau dah banyak sangat persoalan. So kena banyak jugak tempat rujukan. Mula mula aku ada tanya ustazah sekolah aku. Disebabkan ustazah aku dah deactive fb dia so aku tak boleh nak printscreen conversation kitorang. Tapi Ustazah Yusnah cakap sepatutnya memang kita kena dahulukan Malaysia berbanding negara lain. Terima kasih ustazah! *bila ustazah nak active balik fb? Banyak benda nak tanya ni. Huhu.


Tapi still tak puas hati lagi. Dengan teknologi yang canggih ni aku pun dok google google nak cari kepastian. Akhirnyaaaa....




Alhamdulillah terjawab sudah. Mula mula sangsi jugak. Sebabnya bila tunjuk kat mama, mama tanya "boleh percaya ke?". Haaa sudah. Tapi sebab statement tu dari website e-fatwa so boleh dipercayailah. Tapi kalau sesiapa yang baca entry ni nak betulkan sila ye. Kita saling mengingati. 



Aku menggunakan khidmat equrban untuk melaksanakan aqiqah alani. A big thanks to equrban resources sdn bhd. Ape ape boleh rujuk website dorang ye. Oh yaaa. Dengan diorang pun aku rujuk jugak berkenaan permasalah di atas. Dan jawapan sama macam ape yang aku google. Additional,  kat sana sebenarnya lagi susah. Nak jumpa kambing / lembu setahun sekali pun susah.


Yang ni sijil menandakan pelaksanaan telah dilakukan.



Dah laksana pun ada kemusykilan jugak. Terperasan nama kat kambing tu salah. Sepatutnya "Ihsaini" tapi dia tulis "Ihsani". Tu la. Nama lain daripada orang lain kan. Asyik salah jela. Huhu.




Pihak equrban cakap ok je. Yang penting niat. Sebabnya yang tulis tu orang kat sana. Tapi yang penting niat parent tu sendiri. Ok legaaa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...