Pages

Ads

Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

Sebelas tahun. Hampir terlupa untuk disambut.

24 september 2013 ~ happy 11th anniversarry! With ♥. AHHA




As usual, 24september adalah date yang tak boleh dilupakan. 1 of our special day. Tapiiii.... arini nyaris lupa. Denggg!






Mana tak lupa. Arini excited nak bawak my lil prince iegi check up. Check up for 5months. Ekceli excited nak tahu berat afkar. Yela. Aku takot obes jerk. Ramai nooo yang menegur. Cuak lah mama afkar kan? Hmmm. Tapi alhamdulillah still under control. Now dah 7.8kg.







Alhamdulillah doc cakap semuanya ok. Masa cucuk pun nangis kejap jerk. Tak sampai 5seconds pun. Legaaa. Lemak kat peha tebal sangat sebab tuh tak sakit kot. Eh? Hihi.







Berbalik kepada cite anibeseri tadi. Aku realised pun masa tengok fb tadi. Kebetulan date sama dengan besday bff. Tengok ramai yang dok wish *means besday bff pun hampir terlupa jugaklah. Ampunnn*. Hihi. Teringat ofismate penah cakap, "when u r married, u need to remember ur wife's birthday + anniversarry. No need to remember our birthday. But if u forget ur wife's birthday, u r in troble". Haha. Thats true!







Arini takde plan pape pun. Wish pun tak. Ntah ntah en.asben pun lupa coz Wife dia pun nyaris lupa. Hihi. Takpe kalau en.asben lupa. Tapi kalau real anniversarry en.asben boleh lupa mau kena sesah nih.







baru baru nih en.asben kasik gambar nih. 6 years ago. Aku tunjuk kat jah's vavavommm. Dorang cakap "nampak bebenor muka budak budak tapi dah gatal bercinta". Cettt. Kata pun jodoh. Kihkihkih. The best part was mil tak kenal wanita comel itu. Mak cakap en.asben dengan ex gf. Kecik ati ayammm. :'(

Tuesday, September 17, 2013

Sentiasa mengambil langkah berjaga jaga!

Hi uolls. Ada tak "tuesday blues"? Hmmm. Sebelum nih cuti sabtu ahad rasa tak cukup jerk. Nih cuti sampai isnin pun rasa tak cukup lagi. Haish. Nih lah manusia. Tak pernah bersyukur. Hihi.




Mana tak cukupnya kalau cuti tak duduk rumah. Berjalan jerk keja. Ada jerk aktiviti nak buat. Kesian sidemok tuh. Kecik kecik dah diajar berjalan. Haish.





Setiap kali kitorang laki bini keluar berjalan bila time makan jerk kitorang akan guna sistem bergilir. Sorang makan sorang jaga anak. Tapi setiap kali nak makan ada jerk yang baik hati nak pegangkan afkar. Mungkin dorang geram dengan ketembaman afkar. Kalau tak kasik serba salah pulak. Kadang terpaksa kasik jugak. Tapiii. "Sayang cepat sikit makan. Ambik afkar!". Risau kan. Yela bukan kita kenal pun. Jadi pape nak salahkan sape? Tanggung sendirilah nokkk!






Semalam lagi laaa. Ada orang dukung afkar sampai afkar dah nak terjongkang ke belakang. Mujur dapat diselamatkan. Kalau tak rioklah pinggang anak aku. Pehhh. Tak dapat bayangkanlah haiii. Hengat senang nak beranak??? Sumpah fobia gile.






Kejadian semalam membuatkan aku sentiasa be extra careful. Memangla kalau kite berjaga jaga pun kalau Allah dah cakap "kun faya kun", siapa kita nak lawan takdir kan? Tapi sekurang kurangnya kita sentiasa beringat.



Balik dari berjalan semalam singgah umah mertua. En.asben pun cite r kat abah + mak. Marah jugaklah dorang. Mau tak marah. Cucu sulung woiii.




Lepas nih memang tak dukung afkar macam tu jela. Suh ayah afkar pakai carrier. Dengan harapan orang lain takde terdetik langsung nak dukung afkar. Terpaksaaa. Hmmm.

Wednesday, September 11, 2013

Preparation: Solid food for my lil prince

InsyaAllah this coming friday genaplah umur  afkar 5bulan. Lagi sebulan dah boleh try bagi solid food kat afkar. Yeahhh. So sekarang masanya buat research puri apa yang sesuai untuk baby.





Refer to Dr. Mohd Nazir bin Abu Bakar (konsultan pediatrik shah alam specialist hospital), "memperkenalkan bayi dengan makanan pejal mesti bermula sebaik bayi berusia 6bulan".






Jika bayi diperkenalkan dengan makanan pejal bayi sebelum berusia 6bulan, ia akan menyebabkan:

□ masalah perkembangan usus bayi.

□ mengganggu sistem penghadaman bayi.

□ menyebabkan masalah komplikasi seperti pecah usus.






Ada jugak yang aku baca mummy2 kat luar sana dah bagi anak dorang makan seawal 4bulan. Kazen en.asben pun dah bagi makan cereal kat anak dia masa umur 4bulan. Yang paling hebat bagi air masak kat baby masa pantang *aku penah baca air masak tak elok untuk bayi sebulan dua*. Dia tanya jugak aku dah bagi makan kat afkar ke belum. Aku juz cakap belum ready lagi nak bagi. Depends on pendapat masing masing lah kan. Kebanyakan dorang cakap anak dorang dah signal dah ready makan solid food. So its up 2 them. 






For me, better aku dengar cakap doktor. Tak berani aku nak amek risiko. Beranak payah oiii. Even afkar memang dah signal dia dah ready nak makan tapi aku terpaksa kuatkan semangat tunggu 6bulan jugak. Kesian memang kesian. Bayangkan kita tengah makan kat kedai dia tengok jerk makanan tuh sambil jelir jelir lidah. What to do? Pujuk hati untuk bersabar jela kan? Hmmm.






Saba yerk afkar. Mama sekarang tengah kumpul resepi resepi puri untuk afkar makan nanti. Cewahhh.





Dalam website pama ada bagi 1resepi puri epal. Gigih jerk printscreen. InsyaAllah nanti nak try buatlah. Tak sabanyeeee!!!






Cara cara penyediaan:

1. Ambil sepotong buah epal. Cuci dan buangkan kulit. Potong seperti dadu.

2. Rebus bersama sedikit air.

3. Biarkan mendidih sehingga buah menjadi lembut.

4. Ambil epal yang telah direbus dan kisar sehingga halus.


Tempoh penyediaan: 10minit.

* buah epal dipercayai mampu menguatkan organ hati.





Ada jugak niat nak beli baby spoon nih. Macam senang jerk kalau nak bawak travel nanti. Takdelah bersepah sepah nanti dalam kereta kan?








Minum susu jerk dah tembam ceni. Tak tahu r makan nanti tembam cane. Haha. Oh
Ihtisyam Afkar. Mama + ayah sayang sangat kat afkar. Semoga jadi anak yang taat perintah Allah + Rasul yerk sayang.

Friday, August 9, 2013

Berkampung di perak nan permai

Selamat Hari Raya Aidilfitri uolls. Lain bebenor rasanya bila mama+papa takde dipagi raya. Yelaaa. 26tahun hidup inilah kali pertama tak beraya dengan luvly parents. Lagi menyedihkan aku sorang jerk yang tak raya dengan dorang. Siblings y lain semua beraya kat johor. Salah percaturan betul! Sobsobsob. :'(

Takpelaaa. Dah nasib seorang isteri. Isk isk isk. *sambil merenung nasib. Wahhh gitewww!*

Tapi beraya kat perak pun bez jugak. Semuanya sempoiii jerk. Memang terasa r suasana kampung. Somemore umah sedara mara sebelah sebelah jerk. Tak payah nak berkereta bagai.


Setiap rumah mesti makan rendang hitam. Sedap! Tak pernah makan before this. Oh maaf. Aku tak ameklaaa pulak gambar. Maluuu. Tapi memang sedap r. Tapi dalam banyak banyak rumah, satu rumah jerk yang ada ketupat. Yang lain semua lemang.


Eh cukuplah membebel nih. Perut dah kenyang. Afkar dah tido. So masa untuk tolong makcik makcik kat dapur. Aku kan menantu kesayangan. Cewahhh! Phuihhh. ;D

Penutup, layankan gambar gambar yang ada. Hero: ihtisyam afkar.



P/s : orang johorrr. Tunggu kepulangan kami pulak yerk!

Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri to my readers!

Pejam celik pejam celik lagi berapa ari jerk dah nak raya. Sekejap jerk masa berlalu. Tup tup 8hb nih dah nak raya, insyaAllah. Aku stat cuti esok. Yeahhh. Disebabkan raya tahun nih turn en.asben so takde r eksaited sangat nak raya. Wakaka. Eh tak de r. Of coz eksaited sebab tahun nih raya bertiga. Alhamdulillah.


Atas perbincangan bersama tanpa perang periuk belanga suk pagi pagi dah gerak balik perak. Then raya ke3 pagi pagi dah kena gerak pegi jb. Kebetulan kazen aku ada buat majlis. Kalau tak mungkin tak sampailah aku ke johor tahun nih. Thanks cik kazen. Hehe.



Raya tahun nih kami memilih purple sebagai tema. Ok bukan kami. Aku yang decide. Kuasa veto kan kat tangan isteri. Acece. Cumanya baju afkar dengan ayahnya tak sedondon pulak. Baju afkar aku beli baju melayu teluk belanga light purple tapi ayahnya baju melayu cekak musang dark purple. Susahnya nak cari baju budak below 1year. Next year kena tempahla gamaknyaaa. Eh next raya afkar dahsetahun lebih so tak payah tempah pun takpe. Huhu.



Yang lagi eksaited sebab nak tengok afkar pakai kopiah ada nama "afkar". Dah terbayang kecomelan. Cewahhh. "Maaf anak fruit. Mak uda tak dapat nak tempah untuk nazheem sebab orang tuh dapat buatkan 1 kopiah jerk". :'(





Apa apa pun aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir&batin. Semoga perjalanan kita dirahmati. Ikhlas dari kami sekeluarga. ♥





p/s : For those who are going for a holiday break, do have a pleasant trip and a great timewith your loved ones!

Monday, July 1, 2013

Ragam Ihtisyam Afkar


Perihal si demok.


Apa yang kita tahu baby nih kan time dia kecik dia akan terikut dengan perangai mak dia. yela. Dalam rahim mak dia harusla terikut kan? tapi semakin besar dia akan terikut perangai bapak dia ! hmmm. harap harap biarlah afkar ikot perangai mama dia. kihkihkih.



Antara perangai ainihussin yang afkar terikut:


1. kuat tido.
-> part nih afkar memang ikot betul perangai mama dia. tak kira masa asyik tido jerk. Sebab apa? Masa aku preggy dulu stat 5bulan aku asyik tido jerk. Pegi + balik ofis aku carpool dengan member. Dalam keta mesti tido. Balik umah, kol9 dah terbongkang. Kalau kat ofis time lunch hour jerk tepat kol1 stat makan cepat cepat then check in kat surau. Sumtimes tak makan pun terus check in. so no wonder afkar kaki tido kan? hihi.



2. pandangan nak gado.
-> masa preggy asal tak puas ati jerk dengan Mr.MIAR mesti pandang jerk member tak berkelip mata. Dengan harapan en.asben beralah. Tapi yang hadooo. Member buat tak tahu jerk. Cehhh ! so sekarang afkar pun macam tuh. siapa yang pangku dia tapi tak layan dia memang dia akan pandang macam nak gado. Hamboiii.





3. kuat nangis.
-> ainihussin nih seorang yang sangat sensitip. Benda yang tak patut nangis pun dia menangis. Mengade ngade lebih. So jangan mara r kalau afkar asyik nangis jerk kan? huhu. Tak kira siang ke malam ke asyik nak nangis jerk. Geram tau. Rasa nak cubit cubit jerk. *eh cakap jerk nak cubit. Tp tak sanggup pun nak buat*



4. suka mengeliat
-> memang aku suka sangat mengeliat. Kalau mengeliat, pehhh ! lega rasanya. Macam baru keluar dari kotak yang sangat kecik. Huhu. Si demok tuh pun pejam mata pun boleh mngeliat. Haish. Sampaikan bapak mertua bagi gelaran “king of mengeliat”. Hihi.




5. kaki bersilang
-> yang nih mama selalu tegur. Kalau aku baring terlentang automatically kaki kanan naik atas kaki kiri. Mama cakap tak elok. Tapi tanpa sedar kaki tuh gatal jerk nak bersilang. Tup tup afkar pun ikot jejak. Achaner tuh? hmmm. Redha jelaaa.




Yang paling penting afkar terikut kecomelan mama dia. eh? Hihi. *statement nak kena pukul*



Thursday, June 20, 2013

alhamdulillah...kenangan terindah!

stori kelahiran Ihtisyam Afkar.


9.00am – appointment dengan doktor. Sebab overdue dah 10ari so no choice kena induce jugak. Bila doc cek, air ketumban pun dah kurang. Lagilaaa kena induce cepat. Tapi bukaan baru 0.5cm. fuhhh. Tak scary ke kalau macam tuh? mujur en.asben sentiasa disisi.


10.30am – masuk wad. Nurse masukkan 1st dose. Ok tak sakit pun. Dah masuk ubat tak boleh berjalan. Baring jela. Sambil sembang dengan en.asben + baca alQuran (yang download dalam tablet) kot kot senangla bersalin nanti.


11.30am – baru bukak 1.5cm. Alhamdulillah ada perubahan.


3.30pm – stat sakit dah berguling guling atas katil. Bila cek bukaan still 1.5cm. oh no! boleh ke bertahan sampai 10cm. sekarang pun dah berguling guling. Mama pun tak sanggup tengok aku sakit.

Nota 1: lepas beberapa ari dah bersalin mama cakap “kalau bersalin tak sakit nanti tak sayang anak”. Ok demmit!

Nota 2 : sakit kan penghapus dosa. Alhamdulillah.


7.15pm – dah tak tahan sangat. Setiap 5minit dah sakit. Mintak tolong en.asben cakap dengan nurse memang dah tak boleh tahan lagi. Kena buat sumthing. So nurse datang nak bagi injection. Masa nak bagi injection tuh tanya jugak kot kot nurse bagi epidural (baru tahu kalau nak epidural bukan nurse yang bagi tapi doktor pakar. Biasala 1st baby memang banyak yang tak tahu. Hihi. Memang tak nak epidural sebab ramai cakap long term akan efek tulang belakang. Mama pesan selagi boleh bertahan kena tahan). Bila nurse dah bagi injection baru dia cek bukaan. Dat time dah 6cm. terkejut berok dia. cepat cepat lari amek wheelchair.

Nurse : puan cepat naik wheelchair. Kena masuk labour room sekarang. Takot terberanak kat sini!
AH : eh saya tengah sakit nih macam mana nak bergerak?
Nurse : masa tak sakit cepat cepat puan naik.
AH : ok tunggu.

Masa dah tak sakit sangat cepat cepat en.asben tolong naikkan ke wheelchair. Fuhhh.





Masa dalam labour room tuh tak silap aku takdela sakit sangat. Sebab aku ingat aku suh en.asben pegi solat dulu. Tapi pesan jangan pegi lama lama. Huhu.

The best part was :

Nurse : puan tahan dulu yerk. Doc takde sekarang.
AH : eh macam tuh pulak. kalau dah nak terberanak takkan nak tahan tahan?
Nurse : kitorg tengah try call dr.M***. Dr.J**** takde. (rupanya doc yang sepatutnya ada masa aku deliver pegi kenduri. Dia ingat aku akan deliver subuh esoknya. Siot ke tak tuh? haish. Takpe lah. As long as aku selamat syukur alhamdulillah).


Tak silap aku around 9 kot aku dah stat sakit sangat sangat terasa macam nak terberak. Nurse cakap berak jerk atas katil. Tapi aku cakap ngan en.asben “takkan nak berak atas katil. malulaaa”. En.asben, “takpe berak jerk”. Tapi dat time aku dah stat mamai mamai efek ubat yang dorang kasik petang tuh. sumpah rasa mengantuk sangat. Tak silap aku during dat time ada sorang doc + 2 nurse + 1 bidan + en.asben. sesi teran meneran berlaku. Tapi aku kena marah sebab tak teran. Macam mana nak teran kalau dah mengantuk sangat. Siap psycho aku bawak vacuum machine. Denggg! Ape lagiii. Nampak jerk vacuum machine terus bersemangat teran (takot duit melayanggg! Hahaha). Pushhhhh. Hambekkk.


10.15pm – Alhamdulillah Ihtisyam Afkar Bin Mohammad Ihsaini selamat dilahirkan. Mengalir air mata masa tengok en.asben azan+iqamat kat telinga afkar. Alhamdulillah dah jadi seorang mak. Tak tahu nak describe perasaan macam mana.




sangat berbeza lepas sebulan. makin membesar dengan sihat. mama afkar pun dah macam tak larat nak mendukung. tapi mama afkar tetap bertahan. hehe.




Saturday, March 9, 2013

eh, beg apa tuh? ;D






eh? ape tuuuu? dupdapdupdap. nebesnyerrrr!



beg dah ready.

baju baby + towel + diapers + sarung tangan & kaki + blanket + barut + minyak + barang mandi + napkin + wet tissue

ape lagik erk? hmmmm.





fuhhh. macam tak percaya jerk dah tak lama jerk lagi, in shaa Allah.

for now, baby is doing well in mommy's tummy.

sangat aktif. sampai senget benget perut aku.

hihi. =)

doakan ainihussin yerk semua. thanks!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...