Pages

Ads

Monday, September 30, 2013

Blender yang dicari cari! Finally....

Yeahhh. Dah dapat tommee tippee baby food blender. Punyalah susah nak cari brand nih. Aku kan peminat setia tommee tippee. acehhh. 




Tapi serius memang susah nak dapat. Aku google sorang jerk yang jual. Nak dijadikan cerita orang yang jual tuh pulak dah pegi obesi. Aku try jugak kontek dia. Luckily, ada 2 jerk stock lagi. Tu pun dia cakap ada orang booking tapi tak amek. Memang rezeki aku lah kan. Fuhhh.





Berkobar pulak nak masak untuk afkar. Cehhh. Jangan hangat hangat tahek ayam sudeyyy. Ainihussin nih selalu centu la. Eh tak boleh takboleh! Demi sidemok aku tabahkan jugak diri ini. Cewahhh. Phuihhh.






Bukti pembelian. "Berkobar kobar...di dadaaa". acehhh. Comel jerk blender nih. Ringan pun ringan. Senanglah nak bawak pegi mana mana.





Guidance. List of foods for baby.

Wednesday, September 25, 2013

Kesian pakcik tuh! :'(

Morning semua! Arini mood baik gile. Acehhh. Macamlah mood sebelum nih k.o kan. Arini datang awal pulak. Mungkin sebab jalan tak jem. Langsung tak sempat nak usha handphone. Sampai ofis duk lepak dalam kete dulu. Khatamkan fb. Cehhh.





Duk sebok scroll down tiba tiba ramai pulak yang share pasal interview wartawan mana ntah dengan pakcik yang kena maki dengan bini matyo. Tergerak ati nak tengok. Alahaiii. Sedihnya. :'(






Aku tak dapat bayangkan kalau ayah aku kena centu. Memang aku cili cili r mulut dia kan! Gerammm jerk. Haish.






Aku baca gak komen komen kat video tuh. 1 of the comment ada mentioned "to be fair dengarlah dari pihak bini mat yo jugak".





For me, TAK PAYAHHH!!! Yesss memang kita tak tahu cite sebenar sebab video tuh dah kat tengah tengah. Tak tahu hujung pangkal tak boleh nak judge pape. Tapiiiii.... Aku tak paham kenapa kau sanggup nak cakap "pakcik ni bo***lah!". Yang paling aku tak paham kenapa mesti dia nak cakap "lelaki dayus". Apa relevantnya perempuan???




Adoiii.




Ni lah akibat kurangnya didikan agama. Dari siapa tuh aku tak pasti. Kadang kadang aku mara jugak bila orang salahkan mak bapak or macam dalam kes nih orang salahkan matyo sebab tak marah bini dia. Takot bini katanyaaa. Tapi adab tuh tak perlu diajar kot. Diri sendiri kena tahu!






Ntahlahhh. Malas nak komen panjang panjang sebab takot jadi kat diri sendiri. Nauzubillahiminzalik. Ya Allah jauhkan diriku dari sifat sifat mazmummah. Aminnn.






Korang nak cari video pasal gado tuh atau interview tuh korang boleh cari kat blog lain atau kat fb. Sebabnya tak kuasa lah aku nak share video yang menyakitkan ati tuh. Bek aku share video anak aku yang tengah belajar merangkak. Hihi.

Tuesday, September 24, 2013

Sebelas tahun. Hampir terlupa untuk disambut.

24 september 2013 ~ happy 11th anniversarry! With ♥. AHHA




As usual, 24september adalah date yang tak boleh dilupakan. 1 of our special day. Tapiiii.... arini nyaris lupa. Denggg!






Mana tak lupa. Arini excited nak bawak my lil prince iegi check up. Check up for 5months. Ekceli excited nak tahu berat afkar. Yela. Aku takot obes jerk. Ramai nooo yang menegur. Cuak lah mama afkar kan? Hmmm. Tapi alhamdulillah still under control. Now dah 7.8kg.







Alhamdulillah doc cakap semuanya ok. Masa cucuk pun nangis kejap jerk. Tak sampai 5seconds pun. Legaaa. Lemak kat peha tebal sangat sebab tuh tak sakit kot. Eh? Hihi.







Berbalik kepada cite anibeseri tadi. Aku realised pun masa tengok fb tadi. Kebetulan date sama dengan besday bff. Tengok ramai yang dok wish *means besday bff pun hampir terlupa jugaklah. Ampunnn*. Hihi. Teringat ofismate penah cakap, "when u r married, u need to remember ur wife's birthday + anniversarry. No need to remember our birthday. But if u forget ur wife's birthday, u r in troble". Haha. Thats true!







Arini takde plan pape pun. Wish pun tak. Ntah ntah en.asben pun lupa coz Wife dia pun nyaris lupa. Hihi. Takpe kalau en.asben lupa. Tapi kalau real anniversarry en.asben boleh lupa mau kena sesah nih.







baru baru nih en.asben kasik gambar nih. 6 years ago. Aku tunjuk kat jah's vavavommm. Dorang cakap "nampak bebenor muka budak budak tapi dah gatal bercinta". Cettt. Kata pun jodoh. Kihkihkih. The best part was mil tak kenal wanita comel itu. Mak cakap en.asben dengan ex gf. Kecik ati ayammm. :'(

Tuesday, September 17, 2013

Sentiasa mengambil langkah berjaga jaga!

Hi uolls. Ada tak "tuesday blues"? Hmmm. Sebelum nih cuti sabtu ahad rasa tak cukup jerk. Nih cuti sampai isnin pun rasa tak cukup lagi. Haish. Nih lah manusia. Tak pernah bersyukur. Hihi.




Mana tak cukupnya kalau cuti tak duduk rumah. Berjalan jerk keja. Ada jerk aktiviti nak buat. Kesian sidemok tuh. Kecik kecik dah diajar berjalan. Haish.





Setiap kali kitorang laki bini keluar berjalan bila time makan jerk kitorang akan guna sistem bergilir. Sorang makan sorang jaga anak. Tapi setiap kali nak makan ada jerk yang baik hati nak pegangkan afkar. Mungkin dorang geram dengan ketembaman afkar. Kalau tak kasik serba salah pulak. Kadang terpaksa kasik jugak. Tapiii. "Sayang cepat sikit makan. Ambik afkar!". Risau kan. Yela bukan kita kenal pun. Jadi pape nak salahkan sape? Tanggung sendirilah nokkk!






Semalam lagi laaa. Ada orang dukung afkar sampai afkar dah nak terjongkang ke belakang. Mujur dapat diselamatkan. Kalau tak rioklah pinggang anak aku. Pehhh. Tak dapat bayangkanlah haiii. Hengat senang nak beranak??? Sumpah fobia gile.






Kejadian semalam membuatkan aku sentiasa be extra careful. Memangla kalau kite berjaga jaga pun kalau Allah dah cakap "kun faya kun", siapa kita nak lawan takdir kan? Tapi sekurang kurangnya kita sentiasa beringat.



Balik dari berjalan semalam singgah umah mertua. En.asben pun cite r kat abah + mak. Marah jugaklah dorang. Mau tak marah. Cucu sulung woiii.




Lepas nih memang tak dukung afkar macam tu jela. Suh ayah afkar pakai carrier. Dengan harapan orang lain takde terdetik langsung nak dukung afkar. Terpaksaaa. Hmmm.

Wednesday, September 11, 2013

Preparation: Solid food for my lil prince

InsyaAllah this coming friday genaplah umur  afkar 5bulan. Lagi sebulan dah boleh try bagi solid food kat afkar. Yeahhh. So sekarang masanya buat research puri apa yang sesuai untuk baby.





Refer to Dr. Mohd Nazir bin Abu Bakar (konsultan pediatrik shah alam specialist hospital), "memperkenalkan bayi dengan makanan pejal mesti bermula sebaik bayi berusia 6bulan".






Jika bayi diperkenalkan dengan makanan pejal bayi sebelum berusia 6bulan, ia akan menyebabkan:

□ masalah perkembangan usus bayi.

□ mengganggu sistem penghadaman bayi.

□ menyebabkan masalah komplikasi seperti pecah usus.






Ada jugak yang aku baca mummy2 kat luar sana dah bagi anak dorang makan seawal 4bulan. Kazen en.asben pun dah bagi makan cereal kat anak dia masa umur 4bulan. Yang paling hebat bagi air masak kat baby masa pantang *aku penah baca air masak tak elok untuk bayi sebulan dua*. Dia tanya jugak aku dah bagi makan kat afkar ke belum. Aku juz cakap belum ready lagi nak bagi. Depends on pendapat masing masing lah kan. Kebanyakan dorang cakap anak dorang dah signal dah ready makan solid food. So its up 2 them. 






For me, better aku dengar cakap doktor. Tak berani aku nak amek risiko. Beranak payah oiii. Even afkar memang dah signal dia dah ready nak makan tapi aku terpaksa kuatkan semangat tunggu 6bulan jugak. Kesian memang kesian. Bayangkan kita tengah makan kat kedai dia tengok jerk makanan tuh sambil jelir jelir lidah. What to do? Pujuk hati untuk bersabar jela kan? Hmmm.






Saba yerk afkar. Mama sekarang tengah kumpul resepi resepi puri untuk afkar makan nanti. Cewahhh.





Dalam website pama ada bagi 1resepi puri epal. Gigih jerk printscreen. InsyaAllah nanti nak try buatlah. Tak sabanyeeee!!!






Cara cara penyediaan:

1. Ambil sepotong buah epal. Cuci dan buangkan kulit. Potong seperti dadu.

2. Rebus bersama sedikit air.

3. Biarkan mendidih sehingga buah menjadi lembut.

4. Ambil epal yang telah direbus dan kisar sehingga halus.


Tempoh penyediaan: 10minit.

* buah epal dipercayai mampu menguatkan organ hati.





Ada jugak niat nak beli baby spoon nih. Macam senang jerk kalau nak bawak travel nanti. Takdelah bersepah sepah nanti dalam kereta kan?








Minum susu jerk dah tembam ceni. Tak tahu r makan nanti tembam cane. Haha. Oh
Ihtisyam Afkar. Mama + ayah sayang sangat kat afkar. Semoga jadi anak yang taat perintah Allah + Rasul yerk sayang.

Monday, September 2, 2013

Air liur vs rambut gugur

Dulu masa orang cite "kalau anak main air liur rambut mak mesti gugur!". Dalam otak aku "eh apehal anak main air liur rambut mak yang gugur?". Macam takde kena mengena jerk. Hmmm.






Tapi sekarang memang kena percayalah. Sejak sejak afkar main air liur nih memang rambut aku gugur yang teramat. Bukan sikit sikit. Bangun tido jerk tengok bantal, mak aiii. Seram sejuk. Berpuluh tuh memang konpem. Belum lagi shampoo rambut. Lagi terbaek habaqqq hanggg.








Macam mana erk cara nak elak rambut gugur? Cuak pulak aku. Tak kan nak mara afkar pulak. Bukan dia tahu apa apa. Tapi aku selalu jerk cakap ngan afkar, "afkar janganlah main air liur. Rambut mama dah gugur. Tak kesian ke kat mama?". Tapi makin main pulak dia. Haish.








Nak update pasal perkembangan afkar. Afkar dah 4bulan++. Alhamdulillah afkar dah boleh meniarap sendiri. Cumanya dia merangkak kebelakang. Pelik. tapi takpelah. InsyaAllah tak lama boleh lah maju kedepan pulak. Aminnn.







Layankan beberapa keping gambar si demok.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...