Pages

Ads

Monday, March 16, 2015

Anak + GADGET = berpisah tiada

Dulu masa tengok anak sepupu terlalu taksub dengan gadget dalam hati terdetik "anak aku nanti aku taknak dedahkan sangat dengan gadget ni!".  Itu duluuuu. Tapi sekarang musnah harapan tersebut. Dan kalau ada parents yang berjaya buat anak mereka tak sentuh langsung gadget memang aku salute gile lah!






Dan aku rasa menyesal kenalkan gadget dengan afkar. Serius! Aku tak sangka pulak dia sangat cepat pick up ape yang aku buat depan dia.







Aku sebenarnya kenalkan afkar dengan gadget sebab dulu aku selalu bukak kan youtube untuk dia. Nak ajar ABC + alif ba ta + 123 melalui nyanyian. Yela kita pun tahu melalui nyanyian lagi senang nak menghafal. Alhamdulillah memang berjaya. Afkar belum pun 2tahun tapi dah hafal benda benda tu semua. Doa makan + doa tido pun afkar dah hafal. Alhamdulillah. Sekarang tengah ajar nak hafal al-fatihah.







Kalau fon ayah dia, dia tahu bukak game. "Modern sniper" game. Aku pun terpengaruh jugak. Siap install dalam fon sendiri. Hehe.






Kalau fon nenek dia, dia tahu bukak upin ipin kat youtube. Slide je lepas tu tekan menu then cari youtube icon. Terpampang la vid upin ipin tinggal pilih je.







Kalau tab pulak acu dia ada install COC. Afkar pun terpengaruh. Tapi dia pandai collect duit je. Pastu main tekan jela. Buat building kat tepi tepi. Tak dapat lawan dia melalak lalak. Aku tensen terus uninstall game tuh. Haha.






Tapi kalau fon mama dia, dia akan cari untuk belajar je. Sebab aku memang dah letak apps untuk dia belajar dalam satu folder. Hai lahhh anak.

Wednesday, March 11, 2015

Family business : CANDY BUFFET

Seronok sebenarnya jadi fulltime housewife. Tapi sebab aku dah biasa bekerja so ada rasa buhsan sket. Tu yang lepas veranak plan memang nak cari kerja balik.




Tapi sebenarnya bukan aku duduk rumah je sementara waktu ni. Aku ada buat bisnes kecil kecilan dengan kakak + adik ipar aku. Kebetulan adik ipar pun minat buat benda yang aku plan dengan kakak aku. So kira family business jugak la ni.






Mula mula dulu aku nak jual baju + dress. Tapi halfway je. Aku malas. Malas nak iron. Malas nak lipat masuk plastik. Malas nak gantung gantung. Aku rasa bidang pakaian bukan minat aku.






Tiba tiba dapat idea nak buat candy buffet. Masa aku usul kat mama, mama bagi support. So aku cerita kat kakak aku. Then dia pun nak juin. Ok fineee. Makanya wujudlah Adreana Cookies - Candy Buffet. Dengan percubaan pertama, alhamdulillah berjaya. Dengan marketing yang kakak aku buat dapatlah beberapa job lain. Dan alhamdulillah ada sampai sekarang. Seronok!






So kepada sesiapa yang berminat jomlah whatsapp untuk keterangan lanjut seperti tertera kat gambar bawah. InsyaAllah tak menyesal. Hehe.

Monday, March 2, 2015

MGTT during pregnancy

MGTT? Bak kata afkar, "ape tuuu?"



Modified Glucose Tolerance Test. Dalam bahasa pasar nye minum air gula laaa.




Masa mengandungkan afkar dulu takde pulak aku kena minum. Padahal masa tu aku dengar WAJIB untuk ibu mengandung yang berumur 25tahun ke atas. Hmmm. Mungkin kat kkia. Mujur aku buat check up kat private clinic. So takde la experience nak minum air gula yang digembar gemburkan manis sangat tuh. Ekeke.




Tapi for this pregnancy doc dah tulis next appointment kena minum air gula. Huarghhh. Kat private clinic pun dah kena ke sekarang ni? Adoiii. Macam mana nak avoid ni? Rasa kurang keyakinan la pulak.





Appointment on 27th Feb 2015 bersamaan ari jumaat. Klinik dah pesan kena puasa start kol12am sebelum tu. Nak dijadikan cite ari kamis tu aku puasa ganti. So last aku makan masa berbuka tu jela. Konon nak jadi heroin tak google pasal mgtt tu konfiden gile ingat lepas minum air gula tu dah boleh makan. Nah hambekkk. Kena tunggu result after 2hours. Aku minum air gula kol9.15am so after kol11.15am baru boleh makan. Mak aiii. Perut dah berkeroncong. Badan dah lemah. Baby dah berjoget joget suruh mama dia makan. Tapi apakan daya, hanya mampu pujuk baby untuk bersabar. Huhu.




Bacaan before minum air gula is 5.3.




So lepas minum air gula aku decide balik umah dulu. Oh yaaa. Lupa nak story. Masa minum air gula tu rasanya takde la manis sesangat. Bolehlah diminum. Kira hebat jugak lah aku ni kan. Maybe sebab aku lagi prefer air manis daripada minum air masak. Sehari tak minum air masak pun takpe. Takde hal lah!



Tapi bila sampai umah kepala dah tingtong. Ingat boleh bertahan. Baru nak baring baring dah terpaksa berlari pegi toilet. Bluekkk. Abes keluar balik. OMG! OMG! Kena repeat balik ke? Tak nakkkk!!!!




Masa sampai balik kat klinik tu aku terlambat 15minutes. Nurse tu cakap kalau terlambat 30minutes kena repeat balik. Alhamdulillah selamat. Hehe. Terus jumpa doc. Amek bacaan. 4.9. Fuhhh lega nokkk. Hehe.




Then terus scan nak tengok perkembangan baby. Alhamdulillah baby ok. Mama baby pun ok jugak. For the 3rd time doc dah confirmed kan jantina baby. So boleh shopping lah lepas ni. HeHe.





Now dah 30weeks so I've another 10weeks to go untuk menikmati moment perut bergelombang. Coz lepas ni tak tahu bile lagi nak pregnant. Kihkihkih. Semoga Allah permudahkan segalanya. InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...