MGTT? Bak kata afkar, "ape tuuu?"
Modified Glucose Tolerance Test. Dalam bahasa pasar nye minum air gula laaa.
Masa mengandungkan afkar dulu takde pulak aku kena minum. Padahal masa tu aku dengar WAJIB untuk ibu mengandung yang berumur 25tahun ke atas. Hmmm. Mungkin kat kkia. Mujur aku buat check up kat private clinic. So takde la experience nak minum air gula yang digembar gemburkan manis sangat tuh. Ekeke.
Tapi for this pregnancy doc dah tulis next appointment kena minum air gula. Huarghhh. Kat private clinic pun dah kena ke sekarang ni? Adoiii. Macam mana nak avoid ni? Rasa kurang keyakinan la pulak.
Appointment on 27th Feb 2015 bersamaan ari jumaat. Klinik dah pesan kena puasa start kol12am sebelum tu. Nak dijadikan cite ari kamis tu aku puasa ganti. So last aku makan masa berbuka tu jela. Konon nak jadi heroin tak google pasal mgtt tu konfiden gile ingat lepas minum air gula tu dah boleh makan. Nah hambekkk. Kena tunggu result after 2hours. Aku minum air gula kol9.15am so after kol11.15am baru boleh makan. Mak aiii. Perut dah berkeroncong. Badan dah lemah. Baby dah berjoget joget suruh mama dia makan. Tapi apakan daya, hanya mampu pujuk baby untuk bersabar. Huhu.
Bacaan before minum air gula is 5.3.
So lepas minum air gula aku decide balik umah dulu. Oh yaaa. Lupa nak story. Masa minum air gula tu rasanya takde la manis sesangat. Bolehlah diminum. Kira hebat jugak lah aku ni kan. Maybe sebab aku lagi prefer air manis daripada minum air masak. Sehari tak minum air masak pun takpe. Takde hal lah!
Tapi bila sampai umah kepala dah tingtong. Ingat boleh bertahan. Baru nak baring baring dah terpaksa berlari pegi toilet. Bluekkk. Abes keluar balik. OMG! OMG! Kena repeat balik ke? Tak nakkkk!!!!
Masa sampai balik kat klinik tu aku terlambat 15minutes. Nurse tu cakap kalau terlambat 30minutes kena repeat balik. Alhamdulillah selamat. Hehe. Terus jumpa doc. Amek bacaan. 4.9. Fuhhh lega nokkk. Hehe.
Then terus scan nak tengok perkembangan baby. Alhamdulillah baby ok. Mama baby pun ok jugak. For the 3rd time doc dah confirmed kan jantina baby. So boleh shopping lah lepas ni. HeHe.
Now dah 30weeks so I've another 10weeks to go untuk menikmati moment perut bergelombang. Coz lepas ni tak tahu bile lagi nak pregnant. Kihkihkih. Semoga Allah permudahkan segalanya. InsyaAllah.
1 pendapat mereka! =):
semoga selamat melahirkan sis :)
doakan nana juga hamil bulan ni ..hihi
salam kenal & jemput ke blog nana
Post a Comment