Pages

Ads

Friday, March 25, 2011

Sudah ke-204? bangga..!! ;D

hye. hari ini merupakan Ulangtahun Polis Diraja Malaysia yang ke-204. Selamat hari Polis kepada abang abang dan kakak kakak polis. especially to my ehem ehem. eh silap. to my "ayah ehem ehem", En Abd Razak a.k.a pakcik Ajak. acece. kat sini berani la wish. wish depan depan tengok! mahu terkencing kot. muahaha.



Perutusan Ketua Polis Negara:


Saya dengan bangganya ingin memaklumkan bahawa Global Peace Index telah meletakkan Malaysia ditangga ke-22 daripada 149 negara yang paling selamat di dunia, berbanding dengan kedudukan ke-38 pada tahun 2008 dan ke-26 pada tahun 2009. Di peringkat Asia Pasifik pula negara kita berada di tempat ke 4 di belakang New Zealand, Japan dan Australia. Ini merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan dan kita akan memastikan prestasi ini dapat dipertingkatkan pada masa akan datang.

Dalam konteks keyakinan masyarakat dan rasa takut menjadi mangsa jenayah, kajian yang dijalankan oleh Taylor Nelson Sofres (TNS) Research International Malaysia mendapati keyakinan masyarakat terhadap PDRM telah meningkat kepada 55.8% dalam tempoh suku terakhir tahun 2010 berbanding 42.2% bagi tempoh suku kedua tahun 2010. Sementara itu, dalam tempoh suku terakhir tahun 2010, rasa takut menjadi mangsa jenayah telah menurun kepada 52.8% berbanding 55.1% bagi tempoh suku kedua tahun 2010.

Pendekatan kita berinteraksi dengan masyarakat secara face to face dan amalan stop and talk dilihat sebagai satu kaedah yang sesuai untuk mendampingi rakyat bagi meraih kerjasama di dalam mendapatkan maklumat serta pencegahan jenayah. Pewujudan Facebook merupakan satu sumber yang boleh memberi ruang yang lebih bebas kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan PDRM.

Source: http://galeripdrm.blogspot.com


Say NO to Corruption..!! =)


aku yang membebel:

♥ainihussin♥

0 pendapat mereka! =):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...