Pages

Ads

Wednesday, July 20, 2011

hacker ? memang terbaek !

hye uolls. selamat bertemu kembali. amacam? sihat? cewah cewah. poyosss ! ok stop. aku tengah hangin. so kalau tengah hangin macam tak syok jerk guna aku. gua lagik bagus kot. nak tunjuk yang aku betul betul hangin. boleh? huhu.





betul ke hackers nih wujud???



first of all mestilah wujud kan? kalau tak wujud for sure word tuh sendiri tak kan ade dalam kamus. dan kalau tak wujud takde lah gua mara sangat !




hackers tuh siapa???



menurut kajian, "A hacker is a person who breaks into computers and computer networks for profit, in protest, or because they are motivated by the challenge. The subculture that has evolved around hackers is often referred to as the computer underground but it is now an open community". (Wikipedia)





ainihussin percaya ke pada hackers???



sumpah dulu gua rasa nak gelak jerk bila baca status member member kat mukabuku yang dorang kena hack.ape kes? macam tak logik jerk. tapi bile kena dekat batang hidung sendiri, pehhhhh. amekawww ! terasa macam dalam cite bang bang boom jerk tau ! hangin gua satu badan bile tahu accoun fb gua kena hack ! siot kan?




macam mana boleh detect kena hack???



ekceli gua tak kan tahu kalau member gua tak mesej. seriusly sekarang nih gua dah jarang bukak fb. tup tup nak dijadikan cite, kelmarin masa tengah tunggu nak maghrib tibe tibe dapat mesej dari member, rossa. "Aini ko ngh bukak fb ke?ni de org chat dgn aku lucah2 pki fb ko ni". deymmm. lepas baca meloncat gua terus bukak lappy. kusssssemangat ! nebes mak nok !




memang terbaik. bukak bukak dah penuh inbox gua. "dol. gua suke !" ngabang !




tapi gua rasa beruntung sebab ramai gak yang tak percaya tuh gua. yela. nampak sangat peliknya. dan nampak sangat disitu yang gua nih seorang yang baek ! wakaka. dapat? tak caye? meh tengok bawah nih :






see ! ade gak yang bekap gua. hehe. bile pikir pikir balik kenapa r gua jadi insan terpilih hacker tersebut? rupanya baru gua perasan. kan sebelum nih kecoh jack sparrow yang hack banyak website. kebetulan pulak DP gua gambar kat bawah nih:








mesti die mara gua pakai gambar die. opssss. i'm sorry. kalau lu nak gua tukar, lu cakap lah ! tak payah nak hack sangat lah kan. disebabkan kejadian nih, gua jadi gile malas nak bukak fb. kalau dulu sehari tak bukak rasa macam tak leh nak bernafas. tapi sekarang? its ok. gua takde hal lah ! nak nak kat opis memang tak leh nak beronline langsung ! lagi membuatkan gua malas. huhu.



apa apa pun terima kasihlah kat si hacker nih sebab menjalinkan ukhuwah aku dengan member member gua yang lain sebab kau boelh tegur semua member member aku kan? memang terbaek ! kbye.



p/s:panjang pulak N3 kali nih. the conclusion is : hacker ngabang ! fullstop.


aku yang membebel :

♥ainihussin♥

Saturday, July 9, 2011

gua dapat. lu ade? haha~

hye uolls. duduk rumah jerk ke? tak keluar umah? chop. siapa yang keluar umah menuju ke KL tuh memang saja nak mencabar kesabaran diri sendiri r kan? aku tadi tengok betapa jauhnya la kesesakan lalulintas. mujur aku ke arah yang bertentangan. huhu.



ermmm. nak salahkan siapa nih? si kuning digi ke? wakaka. kecoh betul. sile bukak mata yerk kawan kawan. untuk ape kite buat semua tuh kalau menyusahkan orang lain. nak susah, susahkan diri sendiri jela. kalau dah babitkan orang lain jangan sesekali guna ayat "Tuhan sentiasa membantu orang orang yang teraniaya". abes yang tersesak dalam kesesakan tuh tak teraniaya ke weyh? adehhh. plis open ur mind and eyes !



bukan isu perkauman yang aku nak bentangkan. tapi bangsa aku sendiri sanggup berpecah. untuk ape? membela orang yang tak sepatutnya. kamon lah ! negara dah aman. tak payah nak kucar kacirkan.



ok stop. aku taknak lah babitkan blog aku dengan politik. aku nak blog aku sentiasa BERSIH. korang tak nak sokong atau nak sokong itu hak peribadi. anda berhak untuk bersuara ! tapi sile menggunakan akal fikiran. terima kasih. kbai.



ermmm. tadi sedang bersenang lenang baring mengadap tibi tibe tibe brader postman lalu benti depan umah aku. wahhh. semangat nih. berlari aku nak tengok surat ape. tibe tibe aku tengok envelop tuh ada tulis URUSAN SERI PADUKA BAGINDA *maaf tak boleh nak publish. kang ada yang kena*. tengok tengok nama aku lah ! "AINI HUSSIEN" *tapi nama papa aku hussin*. hehe. masak aku. ape kes nih? envelop dah rasmi. tapi nama tak berapa nak rasmi. ape cer? *ade yang salah guna kuasa nih!*. ekeke.

tup tup bukak ada surat chenta lah ! malu i tau ! siapa pulak secret admirer aku nih? *konpius*. rupenya :


nampak tak with love tuh? -alawiah raji- eeh. macam kenal jerk. bukan surat chenta jerk tau. siap ade ole ole lagi. dari bandung uolls. korang ada? aku adaaaa. haha. *siap mention suh masuk blog nih*. kihkihkih.



meh zoom in......







thanx nok ! mak suke. rasa nak lompat bintang jerk ! agak agak lepas nih kau ada nak pegi obesi lagi tak? boleh dapat ole ole lagik ! haha. btw, thanx again ! =)




p/s: tak saba nak pegi makan steamboat ! cepatlah pukul5. lalala.


aku yang membebel:

♥ainihussin♥

Monday, July 4, 2011

suara die sedap tau ! seriusssss~

hye uolls. selamat ari isnin yang berbahagia. mesti korang suke ari isnin kan? macam aku lah ! *sambil tangan kat bahu mata ke atas*. aku suke gile kot dengan ari isnin. dapat? wakaka~



ekceli aku saje nak kongsi dengan korang sumthing. before dis aku dah memang addicted dengan lagu price tag by Jessie J. sebabnya lagu tuh best sangat ! tapi tibe tibe terjumpa video kat bawah nih menyebabkan aku lagi super duper suke. wahhh. sedapnya suara die. jatuh chenta pulak ! haish. jum layannnn~






best tak? best tak? best kan? hehe. nama beliau adalah Maddi Jane. *tak sure beliau memang dah lama femes atau baru jerk femes. mungkin aku ketinggalan zaman kot. huhu*. gile comel suara. tapi yang tak boleh blah tyme "ba-bling ba-bling". macam penuh jerk mulut die masa nyanyi. bunyi lain macam. ape daaaa.



terhibur tak? ok. itu jerk nak share ngan korang. hehe. jangan mara haaaa. jumpa lagi. bye ! =)


aku yang membebel:

♥ainihussin♥

Sunday, July 3, 2011

meleleh air mata. T_____T

hye uolls. mesti ramai yang berbulu bile ref ntah pape jerk masa malaysia lawan taiwan beberapa jam yang lalu. aku sempat tengok 1st half jerk. itu pun sempat tengok kat MZ. mak aiii. bergegar dunia masa malaysia score ! haha.



ekceli tadi aku nak tengok transformers. tapi sampai pukul 8 pun tiket dh sold out. gile r. terbantut niat murni nak tengok transformer. at last tertengok "Sekali lagi". kesian Mr.M.I.A.R kena paksa. naseb badan laaaa. haha.



isk isk isk. T__T. tibe tibe emosi pulak. serius cite nih banyak bermain dengan emosi. tibe tibe terasa air mata laju jerk mengalir. eeh air mata nih. tak malu betul mengalir tanpa diundang. *maluuu* . ermmm. betapa besarnya pengorbanan sang suami terhadap si isteri. tapi si isteri tak tahu pun. wuaaaaa. T____T. lagi panjang sedihnya.



lagi satu. alahai mia sara nasuha. sumpah comel gile. rasa macam nak cubit cubit jerk ! geram sangat kot. dah la memang muke comel. berlakon pun comel jugak. semuanya comel lah ! gerammmm. haha.



apa apa pun kalau korang ala ala minah jiwang macam aku nih, pegi lah tengok "Sekali lagi". aku kasik 4 1/2 bintang. tapi jangan lupa bawak tisu bagi orang orang yang ati sensitip macam ainihussin nih. bak kate orang, kememey ! haha. babai ~


p/s: tahniah malaysia event kalah tapi menang ! *ayat ape tuh?kihkihkih*


aku yang membebel:

♥ainihussin♥

Saturday, July 2, 2011

geli mak nok ! auuwww~

hye uolls. selamat bercuti 2 hari. ekeke. lama tak update blog terchenta. rindu ! ekeke. maaf. agak bz sket bile bertukar suasana idup nih. jiwa belum sebati lagi. huhu.

tibe tibe aku teringat masa pegi kenduri member a.k.a reunion member member skola menengah last 2 weeks tak silap. perbualan antara member member. "eh u. tu i punya air". "u, i balik dulu". wat da tutttt.





aku rasa macam nak lempang lempang jerk. tapi tak sure nak lempang sape. rasa geli pun ye gak. eh hello. dulu tyme skola boleh jerk panggil kau~aku. ape sal sekarang nak ber i~u pulak nih? haish.




serius aku tak boleh blah ! bukan sebab jeles. oh no ! memang tak jeles ok. tapi memang tak boleh blah. aku tak kisah kalau kau kenal orang baru then kau nak ber i~u bagai. tapi korang kenal since skola ok. kenapa tak guna i~u tuh dari dulu? nih baru sekarang nak tergedik gedik gune. geli mak nok !

apa apa pun sukati korang lah nak guna apa pun. tapi warning untuk budak budak skola aku, korang jangan nak ngade ngade ber"i~u" dengan aku kalau tak nak kena shoot ok ! huhu.

p/s: dah setengah tahun rupanya. sekejap betul masa berlalu. kan?


aku yang membebel:

♥ainihussin♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...